Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

5 Aplikasi Untuk Jimat Perbelanjaan Makanan

Tahukah anda, perbelanjaan tertinggi oleh rakyat Malaysia ialah untuk makanan, tidak kira berapa pendapatan mereka. Jangan risau, dalam artikel ini, kami senaraikan aplikasi  yang boleh bantu anda menjimatkan perbelanjaan makanan, dari barangan dapur hingga apabila keluar Menjamu Selera.

Offpeak

Aplikasi ini sesuai untuk mereka yang gemar makan di restoran dan ingin mendapatkan tawaran harga. Cara Offpeak berfungsi ialah mereka mempunyai senarai restoran yang mengambil bahagian dengan menawarkan diskaun eksklusif di platform Offpeak. Anda perlu mendaftar akaun OffPeak terlebih dahulu untuk mendapat tawaran diskaun tersebut, dan ia percuma.

Untuk menggunakan diskaun, lihat senarai restoran, pilih restoran yang anda ingin pergi dan buat tempahan. Anda akan menerima e-mail pengesahan tempahan. Tunjuk email tersebut di restoran yang anda tempeh dan anda boleh terima potongan diskaun sehingga 50% , bergantung kepada tawaran restoran tersebut.

SmartShopper Malaysia

Ini aplikasi yang anda perlu guna sebelum ke pasar raya, dan ia PERCUMA! SmartShopper akan mencari lokasi termurah untuk mendapatkan barang yang anda ingin beli. Contohnya, anda ingin mengetahui kedai mana yang menawarkan harga termurah untuk beras, masukkan kata kunci ‘beras’ di ruang carian.

Tetapi, antara kelemahan aplikasi ini ialah anda hanya boleh mencari satu bahan sahaja pada satu masa. Ini bermakna, jika anda ingin membeli 10 barang, anda perlu membuat 10 carian untuk mendapatkan harga termurah. Barangan terebut juga tidak semestinya di pasaraya yang sama, jadi anda perlu pergi ke pasaraya yang berbeza untuk dapatkan barangan tersebut.

Untuk maksimakan keberkesanan aplikasi ini, kami cadangkan anda gunakan fungsi ‘widget’. Melalui  fungsi tersebut, anda boleh sediakan senarai barang yang anda kerap beli. Kemudian, anda boleh pantau perubahan harga barangan tersebut pada bila-bila masa.

Selain membandingkan harga barangan, aplikasi SmartShopper juga menawarkan e-baucer untuk lebih penjimatan. Setakat ini, SmartShopper merekod harga barangan dari Giant, Tesco, Aeon, Cold Storage, Mydin, Econsave, The Store, Watsons, Guardian, Caring, Sunshine, dan banyak lagi.

Tip: Gunakan fungsi “harga seunit” supaya anda boleh bandingkan harga barangan berdasarkan harga seunit untuk mendapatkan gambaran sebenar penjimatan yang boleh anda perolehi.

MakanDeal

Satu lagi aplikasi yang menyediakan tawaran untuk menjamu selera. Anda hanya perlu mencari jenis makanan yang anda ingankan, dari sushi, pasta, hinggalah ke stik dan banyak lagi, kemudian pilih tawaran yang disediakan. Jangan lupa untuk tunjukkan tawaran yang anda beli sewaktu menjamu selera untuk mendapatkan diskaun.

MilkaDeal

Ini merupakan aplikasi yang harus anda miliki jika anda ingin tawaran diskaun dan kod baucer. Sama ada untuk membeli barangan dapur ataupun untuk menjamu selera, anda akan menerima penjimatan dalam bentuk rebat tunai.

Setakat ini, MilkaDeal menawarkan penjimatan untuk menjamu selera dalam bentuk rebat tunai apabila anda membuat pembelian seperti di Happy Fresh, Amazin’ Grace dan MakanDeal. Anda juga boleh mendapat wang tunai untuk rebat tersebut apabila anda mempunyai rebat RM10 atau lebih dalam akaun MilkaDeal anda. Rebat tersebut akan dikreditkan ke akaun bank anda dalam tempoh 7 hari berkerja.

TABLEAPP

Nikmati promosi menjamu selera eksklusif apabila anda menggunakan aplikasi ini. Antara faedah lain yang ditawarkan termasuklah maklumat terkini restoran, acara yang diadakan, dan juga menu istimewa. TABLEAPP akan membantu anda untuk mencari restoran, memberi dan membaca ulasan, dan membuat tempahan. Tempahan boleh dibuat 24/7, dan pengesahan segera akan diberikan. Aplikasi ini boleh digunakan dengan percuma, tetapi untuk layak menerima tawaran serta menggunakan semua fungsi dalam applikasi ini, anda perlu memiliki akaun.

Selain menggunakan aplikasi yang telah disenaraikan diatas, jadi pengguna yang lebih bijak dengan menggunakan kad kredit rebat tunai ketika berbelanja dan menjamu selera. Klik dibawah untuk bandingkan kad kredit terbaik dan dapatkan lebih penjimatan.

Lihat juga: Jangan Terpedaya dengan 7 Mitos Kad Kredit Ini

Save

Save

Save

Save

The post 5 Aplikasi Untuk Jimat Perbelanjaan Makanan appeared first on Financial News and Advice in Malaysia.



This post first appeared on CompareHero.my Financial News And Advice, please read the originial post: here

Share the post

5 Aplikasi Untuk Jimat Perbelanjaan Makanan

×

Subscribe to Comparehero.my Financial News And Advice

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×