Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Jurugambar Peribadi Diperlukan Oleh Keluarga Mewah Dengan Gaji Mencecah RM 420,000 Setahun

Media sosial seperti Instagram kini digunakan bagi menunjukkan kehidupan mewah yang sempurna. Di dalam dunia hiburan, jumlah pengikut yang tinggi kini menjadi antara sebab kontrak diberikan kepada pelakon dan model terkemuka. Pengaruh media sosial mempunyai pasukan mereka sendiri untuk memuat naik gambar terbaik.

Menurut laporan Petapixel, sebuah keluarga di United Kingdom kini sedang mencari Jurugambar peribadi yang akan ditugaskan mengambil gambar percutian mereka sepanjang tahun. Gaji yang ditawarkan ialah GBP 80,00o (RM420,000) setahun. Jurugambar yang ingin memohon akan bercuti bersama keluarga selama tiga bulan setahun. Mereka mungkin dibawa bercuti ke pesta Mardi Gras dan menonton acara Formula 1 di Monaco. Pada waktu yang sama mereka akan bekerja selama 10 jam sehari, diberikan cuti sakit berbayar dan cuti tahunan selama 30 hari.

Jawatan jurugambar ini akan ditawarkan bermula Februari 2019 dengan kontrak selama setahun selepas jurugambar mereka sebelum ini terpaksa meletakkan jawatan atas urusan keluarga. Pemohon perlu mempunyai pengalaman menjadi jurugambar sekurang-kurangnya selama lima tahun. Bagi jurugambar yang ingin mencuba nasib, anda boleh memohon jawatan ini menerusi pautan di bawah.

Mohon jawatan sebagai jurugambar keluarga selama setahun



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Jurugambar Peribadi Diperlukan Oleh Keluarga Mewah Dengan Gaji Mencecah RM 420,000 Setahun

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×