Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Google Pixel 3 Lite Tertiris – Dijana Snapdragon 670 Dan Hadir Dengan Bicu Audio

Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL adalah peranti mercu dari Made by Google tahun ini. Tetapi, beberapa bulan yang lepas Google dilaporkan akan hadir dengan sebuah peranti kelas pertengahan – sayang sekali tiada butiran jelas mengenainya. Hari ini, sebuah Pixel 3 Lite dilihat tertiris di arena web.

XDA melaporkan di mana sebuah Pixel 3 Lite telah tertiris. Mengejutkan ia hadir dengan port bicu audio 3.5mm. Selain itu, ia turut dilihat mempunyai rekaan bingkai yang tebal – jadi ianya tiada takuk besar seperti Pixel 3 XL. Menurut laporan, peranti ini akan dijana dengan Snapdragon 670 yang dipadankan dengan memori 4GB RAM dan 32GB storan dalaman. Skrin pula adalah FHD+ 5.56-inci, kamera utama 12 megapixel, kamera swafoto 8 megapixel, bateri sebesar 2912mAh, USB-C dan menjalankan Android Pie.

Menurut XDA lagi, sepatutnya ada dua peranti kelas pertengahan Pixel ini. Kerana dalam barisan kod Google ARCore terdapat dua peranti Pixel lain. Satu ialah ‘sargo‘ – Pixel 3 Lite dan satu lagi adalah  ‘bonito‘ yang dikatakan akan dijana dengan Snapdragon 710.

Tidak pasti bila peranti ini akan dilancarkan. Tetapi jika tirisan ini adalah benar, pasti peranti ini akan jadi pilihan menarik kerana akhirnya peminat peranti Pixel yang kurang ‘bajet‘ boleh memiliki sebuah Pixel pada harga yang mungkin mampu milik.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Google Pixel 3 Lite Tertiris – Dijana Snapdragon 670 Dan Hadir Dengan Bicu Audio

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×