Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Xiaomi Mula Menawarkan 17 Peranti Di Malaysia Dengan Pilihan Sokongan e-SIM

Tags: redmi esim durian

Sistem eSIM membolehkan peranti berfungsi tanpa menggunakan SIM fizikal. Sistem ini dipopularkan oleh Apple menerusi iPad sebelum kemudian digunakan pada Apple Watch dan iPhone. Di Malaysia sistem eSIM tidak disokong pada telefon pintar oleh syarikat telekomunikasi. Menarik sekali Xiaomi kini menjadi pengeluar pertama yang menjual telefon pintar yang menyokong eSIM di Malaysia.

Bagi menikmati sambungan selular menggunakan eSIM, pengguna perlu melanggan perkhidmatan selular yang ditawarkan oleh Durian Man. Menerusi aplikasi yang terpasang, pengguna boleh memilih pakej 4GB data dan 60 min panggilan selular pada harga serendah RM14.15 sebulan. Bayaran sebanyak RM200 pula hadir dengan data sebesar 128GB. Durian Man juga menawarkan perkhidmatan perayauan tanpa had di Singapura, HK, China, Thailand dan Jepun serendah RM3 sehari.

Buat masa ini aplikasi Durian Man telah hadir secara terpasang pada MI 8, POCOPHONE F1, MIX 2S, Redmi Note 6 Pro, Mi MAX 3, Mi 8 Pro dan Mi 8 Lite. Pengguna Redmi Note 4X, Redmi 4A, Redmi Note 5A Prime, Redmi Note 5A, Redmi 5A, Redmi 4X, Redmi 5, Redmi Note 5, Redmi 5 Plus dan Redmi Note 4 boleh memuat turun aplikasi Durian Man menerusi Play Store.

Pengumuman Xiaomi ini amat mengejutkan kerana ramai tidak mengetahui 17 peranti yang disenaraikan ini mempunyai sokongan eSIM. Tambah mengejutkan ialah kemunculan perkhidmatan Durian Man yang juga tidak pernah diumumkan sebelum ini. Untuk maklumat lanjut sila ke pautan di laman sokongan rasmi Xiaomi Malaysia.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Xiaomi Mula Menawarkan 17 Peranti Di Malaysia Dengan Pilihan Sokongan e-SIM

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×