Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Corsair Memperkenalkan SSD Force Series MP510 – SSD Terpantas Mereka Dengan Kadar Pembacaan Data Selaju 3480MB/s

Corsair mungkin dikenali sebagai sebuah jenama aksesori gaming dan juga kerangka komputer desktop, tetapi mereka juga membuat komponen-komponen komputer seperti memori RAM dan juga SSD.

Syarikat tersebut baru-baru ini memperlihatkan storan SSD paling laju mereka, iaitu Corsair Force Series MP510, sebuah SSD PCIe M.2 yang hadir dengan nilai kelajuan pembacaan dan penulisan data yang sangat pantas.

Dari segi storan, SSD Force Series MP510 ini hadir dengan pilihan storan 240GB, 480GB, 960GB dan 1920GB, dan dibina menggunakan cip storan berkapasiti tinggi 3D TLC NAND.

Hadir dalam rekaan M.2 2280, SSD MP510 ini disambung terus ke komputer melalui sambungan PCIe, dan mempunyai kadar pembacaan data selaju 3480MB/s dan kadar penulisan data selaju 3000MB/s.

Menurut Corsair, SSD Force Series MP510 ini sudahpun hadir di pasaran dunia, dan sudah boleh dibeli di kedai-kedai komputer tempatan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Corsair Memperkenalkan SSD Force Series MP510 – SSD Terpantas Mereka Dengan Kadar Pembacaan Data Selaju 3480MB/s

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×