Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Huawei Mate 20X Dilancarkan Dengan Skrin 7.2-inci, Menyokong M-Pen, Bateri 5000mAh

Huawei pada hari ini turut memperkenalkan peranti ketiga dibawah keluarga Huawei Mate 20, iaitu Huawei Mate 20X. Peranti ini menawarkan skrin bersaiz besar, dan turut memfokuskan produktiviti.

Huawei Mate 20X hadir dengan skrin 7.2-inci menggunakan panel OLED. Ia dijana cip Kirin 980 untuk pemprosesan, dan bateri berkapasiti 5000mAh untuk masa penggunaan yang lebih lama.

Huawei Mate 20X turut hadir dengan sokongan input berasaskan stylus khusus yang mana Huawei memanggilnya sebagai M-Pen. Ini sekaligus akan memudahkan pengguna mencatat nota atau membuat lakaran pada skrin Mate 20X.

Selain produktiviti, Huawei turut mengatakan yang mana telefon pintar ini turut mesra permua, dimana ia hadir dengan sokongan penyejukan penggunaan Vapor Chamber. Huawei Mate 20 X turut membawakan beberapa ciri-ciri daripada siri Mate 20 Pro, termasuk sokongan tri-kamera 40-megapixel, selain kalis air IP53.

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah alat kawalan khusus yang mengubahnya menjadi konsol – dengan rekaan lebih kurang seumpama Nintendo Switch.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai Huawei Mate 20X ini untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Huawei Mate 20X Dilancarkan Dengan Skrin 7.2-inci, Menyokong M-Pen, Bateri 5000mAh

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×