Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Huawei Watch GT Dilancarkan – Jam Tangan Pintar Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 14 Hari

Selain daripada pengenalan telefon pintar, Huawei turut mengambil peluang untuk memperkenalkan beberapa peranti mereka yang lain, dan salah satunya adalah Jam Tangan Pintar mereka. Dinamakan sebagai Huawei Watch GT, ia boleh dikatakan salah satu jam tangan pintar terbaru selepas beberapa tahun Huawei tidak memperkenalkan jam baru.

Huawei Watch GT hadir dengan rekaan muka jam bulat, dilengkapi cip pemprosesan dengan sokongan penggunaan tenaga rendah, sekaligus menawarkan masa bertahan sehingga 14 hari untuk penggunaan biasa.

Huawei Watch GT ini menggunakan skrin AMOLED 1.39-inci, dan turut menyertakan sokongan GPS terbina untuk memantau aktiviti kecergasan, selain integrasi pengimbas nadi. Seperti biasa, pengguna boleh menggunakannya bersama-sama telefon pintar untuk menerima notifikasi dan berinteraksi dengannya.

Huawei Watch GT turut kalis air, dan boleh digunakan untuk memantau data berenang sehingga kedalaman 50 meter.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada jam tangan pintar ini akan memasuki pasaran tempatan ataupun sebaliknya.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Huawei Watch GT Dilancarkan – Jam Tangan Pintar Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 14 Hari

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×