OnePlus mempunyai variasi sistem operasi mereka tersendiri dinamakan sebagai OxygenOS. Baru-baru ini, mereka telah menawarkan kemaskini Oxygen OS untuk OnePlus 3/3T, OnePlus 5/5T dan juga OnePlus 6 – dimana melaluinya ia menyelesaikan sejumlah masalah pepijat.
Namun, salah satu masalah yang dilihat hadir bersama-sama dengan Kemaskini Baru Ini adalah masalah berkaitan penggunaan bateri.
Melalui aduan para pengguna melalui forum OnePlus, ia dilihat pengguna OnePlus 6 yang menggunakan Oxygen OS 5.1.6 dan 5.1.8 menghadapi masalah bateri Lebih Cepat Habis berbanding kebiasaan. Ia juga dikatakan tiada sebarang amaran atau notifikasi diberikan apabila bateri mencapai 15%.
Kemaskini baru ini juga dikatakan membuatkan aplikasi kamera kadang-kala tergendala ketika ingin menggunakannya.
Pelbagai masalah baru yang hadir ini dilihat disebabkan oleh kemaskini baru ini, dan mungkin diatasi melalui kemaskini akan datang untuk peranti-peranti berkaitan.
Bagi anda yang menggunakan OnePlus 6 atau yang sebelumnya, adakah anda turut menghadapi masalah sama?