Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Rekaan LG G7 ThinQ Tertiris Sepenuhnya

Peranti LG G7 ThinQ dijangka dilancarkan awal bulan Mei ini selepas beberapa kali Tertiris ke arena web. Sebelum ini imej pengelokan rasmi yang tertiris hanya mendedahkan Rekaan panel hadapan. Hari ini rekaan Peranti dari kesemua sudut telah sekali lagi ditiriskan oleh @evleaks.

Skrin bertakuk peranti dipadankan dengan panel belakang yang diperbuat daripada kaca. Butang kuasa dan suara terletak pada sisi kiri manakala sebuah butang misteri terletak pada sisi kanan. Ini dipercayai adalah butang khas untuk melancarkan pembantu maya Google Assistant. Pada bahagian bawah masih terdapat bicu audio, port pengecasan dan kekisi audio.

LG G7 ThingQ dipercayai akan dilengkapi skrin 6″, dijan pemproses Snapdragon 845, memori sehingga 6GB RAM dan bateri sebesar 3000 mAh. Diharap dengan pelancarannya kelak peranti ini akan memasuki pasaran tempatan dengan lebih pantas.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Rekaan LG G7 ThinQ Tertiris Sepenuhnya

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×