Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Nokia 6 2018 Mungkin Dilancarkan Seawal Jumaat Ini

Spesifikasi Dan Rekaan Nokia 6 2018 bukan lagi misteri kerana terlebih dahulu tertiris ke arena web. Apa yang diketahui setakat ini ialah pengimbas cap jari diubah ke belakang dan rekaan bingkai lebih nipis serta pemproses yang lebih berkuasa berbanding model tahun lalu.

Di China tarikh pelancaran peranti ini telah tertiris awal menerusi laman rasmi portal e-dagang Suning. Mereka mengeluarkan imej acah untuk jualan Nokia 6 yang akan berlangsung pada 5 Januari. Nokia 6 2018 dipercayai akan dilengkapi skrin 5.5″ HD penuh, dijana pemproses Snapdragon 630, memori sebesar 4GB, storan 32/64GB, kamera utama 16-Megapixel, kamera hadapan 8-Megapixel dan bateri 3000 mAh.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan peranti ini pada hari Jumaat Ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Nokia 6 2018 Mungkin Dilancarkan Seawal Jumaat Ini

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×