Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

4 Ciri Huawei Nova 2i Yang Perlu Anda Ketahui

Sejak beberapa bulan lalu diperkenalkan, peranti Huawei Nova 2i mendapat perhatian pelbagai pengguna. Ramai mengenali peranti ini kerana ia membawakan empat lensa kamera dibahagian hadapan dan belakang.

Namun tahukah anda selain daripada kata kunci ‘empat-kamera’ sebagai tarikan utama, terdapat lagi empat ciri baik pada peranti ini yang harus anda ketahui.

  1. Teknologi Paparan Huawei FullView

Tahukah anda dalam banyak-banyak peranti dalam kelas spesifikasi dan harganya, Huawei Nova 2i antara terawal yang menampilkan rekaan paparan nirbingkai dengan nisbah resolusi 18:9.  Malah, paparan ini bersaiz 5.9-inci yang dimuatkan kepada peranti yang biasanya bersaiz 5.5-inci. Ini bermaksud 83% permukaan hadapan telefon pintar ini dipenuhi dengan skrin, yang mana berbeza dengan peranti lain yang terpaksa hadir pada saiz yang lebih besar dan kurang ergonomik, bagi meletakkan paparan yang besar.

Paparan yang digelar FullView ini mempunyai kepadatan pixel setinggi 407ppi dengan resolusi 2160×1080. Pada resolusi yang besar ini, ia sekaligus memudahkan pelbagai perkara berkait dengan paparan, termasuklah menonton rancangan kegemaran ataupun memudahkan anda sewaktu merakam gambar. Anda juga boleh melakukan fungsi split-screen bagi meletakkan dua aplikasi bersebelahan, sekaligus membantu produktiviti anda sewaktu bekerja.

2. Dwi-Kamera Pada Bahagian Belakang Dan Hadapan

Jika dibandingkan Huawei Nova 2i dengan peranti lain yang memfokuskan selfie, sungguhpun harganya berada dalam lingkungan sama, namun peranti tersebut tidak membawakan dwi-kamera di bahagian belakang, tidak seperti Huawei Nova 2i. Malah Huawei turut menjadi yang terawal dalam menampilkan dwi-kamera pada bahagian hadapan, dan dwi-kamera pada bahagian belakang menjadikan sejumlah empat lensa terdapat pada kamera ini.

Semua tahu mengenai Huawei Nova 2i yang mempunyai empat kamera namun empat kamera ini bukanlah gimik. Dengan teknologi yang dihasilkan mereka, sistem dwi-kamera memberikan pencahayaan yang lebih baik dan gambar yang dirakam tampak lebih tinggi perinciannya. Lensa untuk tujuan selfie mempunyai lensa 13MP f/2.0 dan juga 2MP yang merakam maklumat jarak, dimana dua lensa ini digunakan serentak bagi menghasilkan gambar dengan kesan bokeh tahap professional.

Dan berikut merupakan fungsi yang ada pada kamera selfie Huawei Nova 2i:

  • Smart Selfie Toning: Fungsi ini membolehkan selfie lebih sempurna dalam keadaan gelap. Ini dijayakan dengan indeks pewarnaan yang membolehkan lampu Flash menghasilkan pencahayaan lembut, dan tidak menyala dengan sangat terang lalu menghasilkan pencahayaan yang terlalu keras, tidak bersesuaian dengan keadaan pada pencahayaan rendah. Fungsi ini juga membolehkan kekuatan lampu Flash dihasilkan dengan lebih tepat untuk setiap rakaman.
  • Penghasilan Warna Asli: Pencahayaan secara semulajadi menjadikan gambar lebih cantik dan bagus, dan tampak asli. Fungsi Smart Selfie Toning mempunyai ketepatan Indeks Pewarnaan 80% (100% untuk Pencahayaan matahari) sekaligus menjadikan telefon ini pilihan terbaik untuk fungsi merakam gambar bagi telefon pintar. Malah kamera Huawei nova 2i telah diuji berulangkali bagi memastikan penghasilkan warnanya tepat seolah-olah merakam dibawah cahaya semulajadi matahari. Ini sekaligus menghasilkan tona warna kulit pengguna yang lebih tepat, dengan imej yang lebih menarik.
  • Sudut Pencahayaan 120-Darjah: Selain dari fungsi pencahayaan yang penting, sudut pencahayaan juga penting bagi pengguna. Adalah penting cahaya tersebut dapat meliputi kawasan yang besar, dan pada Huawei Nova 2i ia menghasilkan lampu Flash seluas 120 darjah, memastikan segenap kawasan rakaman imej menerima pencahayaan yang tepat dan cantik.
  • Butterfly Lighting Portrait:  Jika anda mempelajari subjek fotografi, ada beberapa gaya pencahayaan pada gambar potret yang perlu anda tahu dan salah satunya adalah Butterfly Lighting yang menghasilkan gambar potret yang lebih menampakkan keperibadian subjek penggambaran. Huawei Nova 2i menghasilkan pencahayaan ini dengan cara memberikan kedalaman kepada muka subjek penggambaran, sekaligus menghasilkan gambar berkualiti studio.

Kamera Utama di bahagian belakang Huawei Nova 2i juga masih merupakan fokus utama, tidak seperti peranti lain yang memfokuskan selfie semata-mata dan meletakkan spesifikasi yang kurang pada kamera utama mereka. Berikut merupakan ciri-ciri yang terdapat pada kamera utama dibahagian belakang Nova 2i.

  • Kesan Bokeh pada Potret Dengan Aperture Yang Besar – Dengan sensor pengimejan 13MP dan juga sensor kedalaman 2MP, Huawei Nova 2i mampu menghasilkan gambar yang lebih asli dan tepat, dengan keperincian yang tinggi pada setiap bucu objek, menghasilkan potret yang lebih cantik. Malah kesan bokeh ini boleh dimanipulasi oleh pengguna bagi merakam gambar objek lain serta pemandangan.
  • Rakam Dahulu Fokus Kemudian – Kadangkala anda hanya ada masa yang terhad bagi merakamkan gambar. Adalah lebih penting untuk anda tidak terlepas saat-saat indah dan menarik, jadi anda perlu merakam gambar terlebih dahulu. Huawei Nova 2i membolehkan anda merakam gambar terlebih dahulu, dan mengubah titik fokus gambar tersebut pada kemudian masa.
  • Fungsi Moving Pictures – Salah satu fungsi terbaru yang dibawakan oleh Huawei Nova 2i adalah live-picture, dimana gambar yang dirakam boleh dilihan dalam bentuk video dua saat, menjadikan gambar tersebut bergerak dan memberikan lebih banyak konteks.

3. Prestasi Tinggi Setiap Hari

Cip pemprosesan Kirin merupakan cip pemprosesan yang dihasilkan oleh Huawei sendiri untuk peranti-peranti mereka. Mungkin dahulu nama cip ini tidak dikenali ramai dan dipandang enteng ramai pengguna, namun Huawei telah menghasilkan cip Kirin semakin lama semakin laju.

Huawei Nova 2i menyertakan cip pemprosesan Kirin 16nm yang terbaru untuk kelas ini iaitu Kirin 659 yang merupakan CPU lapan-teras gabungan Cortex A-53 2.36GHz dan Cortex-A53 1.7Ghz. Memori yang tersedia pula sebanyak 4GB, memudahkan pengguna menjalankan aplikasi secara serentak. Ia juga mempunyai ruangan storan yang besar, sebesar 64GB dengan EMUI 5.1 yang mempunyai kecerdasan buatan. Kecerdasan buatan ini memastikan peranti kekal lancar dengan menganalisa corak penggunaan peranti oleh pengguna, dan mengoptimasikan prestasi.

Salah satu perkara yang boleh dipuji berkat dari penggunaan CPU Kirin 659 dan juga EMUI terbaru, Huawei Nova 2i mampu beroperasi untuk seharian. Baterinya bersaiz 3340 mAh namun dari percubaan kami, ia dapat bertahan sehingga dua hari dengan mudah meskipun kerap digunakan untuk mengambil gambar.

Bagi tujuan audio, teknologi terkini Huawei Histen menghasilkan bunyi muzik dan juga filem yang lebih baik. Ia menyokong fungsi Bluetooth aptX untuk kualiti audio yang lebih terperinci dan seiring kualiti video yang ditayangkan.

Dan melengkapkan kesemua ini bagi memastikan penggunaan harian peranti ini membuatkan pengguna berasa selesa, fungsi Eye Comfort 2.0 mengurangkan tekanan dan kerengsaan pada mata pengguna. Teknologi ini juga telah disahkan oleh China’s National Research & Engineering Center, dimana cahaya biru 450nm yang berbahaya kepada pengguna ditapis keluar, dan paparan dioptimasikan tahap pencahayaan dan juga warna, supaya sesuai dengan pengguna.


Sekiranya anda sedang mencari peranti yang sesuai untuk kegunaan fotografi dan dalam masa yang sama, mahukan fungsi dan spesifikasi terkini, Huawei Nova 2i dapat memenuhi keperluan anda. Peranti ini telah ditawarkan pada harga RM1,299 untuk versi storan 64GB + 4GB RAM.

Beli: Huawei Nova 2i Di vmall

Penafian: Advertorial Dari Huawei



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

4 Ciri Huawei Nova 2i Yang Perlu Anda Ketahui

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×