Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sejumlah Pengguna Unifi Sedia Ada Menerima Tawaran Naik-Taraf Kelajuan Pada Tambahan RM10 Sebulan

Unifi baru-baru ini telah hadir dengan promosi untuk pengguna baru yang menawarkan akses pada kelajuan sehingga 30Mbps pada harga RM139. Ini sekaligus membuatkan pengguna sedia ada kurang gemar dengan apa yang dilakukan oleh Telekom Malaysia yang hanya memfokuskan untuk pengguna baharu sahaja.

Kini, pihak TM dilihat mengenal-pasti perkara berkenaan, dan turut menyediakan promosi khusus untuk pelanggan Unifi Sedia Ada. Telekom Malaysia telah mula menghantar SMS kepada sejumlah pelanggan Unifi sedia ada, yang mana TM menawarkan naik-taraf kelajuan kepada tahap seterusnya dengan tambahan RM10 sebulan pada bil bulanan sedia ada mereka.

Melalui SMS yang diterima, pelanggan diminta membuat panggilan kepada talian 100 atau pergi ke TMpoint berhampiran.

Daripada perkongsian orang ramai, ada yang menerima naik-taraf daripada RM10Mbps kepada 30Mbps pada tambahan RM10, dan begitu juga daripada 50Mbps kepada 100Mbps. Bersama-sama naik-taraf ini, pelanggan Unifi juga menerima naik-taraf kepada pakej HyppTV Jumbo Pack. Pelanggan yang naik-taraf juga akan diperbaharui kontrak selama 24 bulan.

Buat masa ini, kami masih kurang pasti sama ada promosi ini ditawarkan kepada semua pelanggan Unifi sedia ada, atau ia hanya terhad kepada pelanggan terpilih sahaja. Ia juga tidak diketahui bagaimana seseorang pelanggan dipilih untuk Menerima Sms Berkenaan – atau adakah ia secara rawak semata-mata.

Melalui forum Lowyat, ada yang menerimanya, dan telah membuat penaik-tarafan, dan sebaliknya, sekiranya tidak menerima SMS berkenaan, pengguna tidak ditawarkan dengan naik-taraf pada tambahan RM10 ini walaupun membuat panggilan kepada pihak TM.

Bagi anda sendiri, adakah anda telah menerima SMS berkenaan daripada TM? Adakah anda telah membuat panggilan untuk naik-taraf?



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Sejumlah Pengguna Unifi Sedia Ada Menerima Tawaran Naik-Taraf Kelajuan Pada Tambahan RM10 Sebulan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×