Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Syarikat Sebalik WeChat, Tencent Turut Sedang Membangunkan Teknologi Swapandu

Tencent merupakan salah satu syarikat yang bukan asing bagi pengguna tempatan. Mereka mempunyai sejumlah jenama popular dibawah mereka termasuk WeChat, League of Legends, dan sejumlah yang lain.

Terkini, ia dilaporkan yang mana Tencent turut sedang Membangunkan Teknologi Swapandu untuk kenderaan. Tencent dikatakan menggunakan kepakaran mereka dalam arena kecerdasan buatan dan juga pemetaan dalam membangunkan teknologi swapandu ini.

Langkah ini mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan. Sebelum ini sendiri, Tencent telah sedia membuat pelaburan dalam arena automotif – termasuk mempunyai pegangan dalam syarikat kenderaan elektrik Tesla.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapakah peratusan pembangunan yang telah siap untuk teknologi swapandu ini. Selain daripada Tencent, di China, satu lagi syarikat yang memfokuskan pelaburan swapandu adalah Baidu.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Syarikat Sebalik WeChat, Tencent Turut Sedang Membangunkan Teknologi Swapandu

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×