Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Facebook Memudahkan Pengguna Di India Untuk Menderma Darah

Facebook kini mengumumkan sebuah ciri khusus untuk pasaran India, dimana kebolehan untuk Mendaftar Sebagai Penderma darah – sekaligus memudahkan lagi mereka untuk menderma darah untuk yang memerlukan.

Di India, keperluan darah adalah sangat tinggi. Para penderma darah adalah kurang berbanding dengan permintaan – sekaligus membawa kepada pelbagai kesukaran. Dalam memudahkan proses berkenaan, bermula 1 Oktober kelak, pengguna di India boleh mendaftar Sebagai Penderma Darah dengan mudah melalui Facebook.

Sebaik sahaja mendaftar sebagai penderma, seterusnya sekiranya ada keperluan untuk darah di lokasi persekitaran – Facebook akan paparkan notifikasi khusus, sekaligus menghubungkan penderma dengan mereka yang memerlukan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada ciri sama akan diperluaskan untuk pasaran global atau sebaliknya.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Facebook Memudahkan Pengguna Di India Untuk Menderma Darah

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×