Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tesla Dan AMD Dilaporkan Bekerjasama Untuk Membangunkan Cip Untuk Kereta Swapandu

Tesla merupakan syarikat yang tidak asing lagi dalam pembangunan kenderaan elektrik. Terkini, ia dilaporkan yang mana Tesla sedang bekerjasama dengan pihak Advanced Micro Devices (AMD) bagi membangunkan sebuah cip kecerdasan buatan tersendiri untuk kenderaan swapandu.

Ia dikatakan Tesla Sedang membangunkan cip mereka di atas teknologi AMD, dan turut bekerjasama dengan syarikat GlobalFoundries untuk pengeluaran. Ia dikatakan cip awal sudah pun telah mula diuji oleh Tesla Buat Masa Ini.

Dengan membangunkan cip tersendiri, ia akan mengurangkan kebergantungan pihak Tesla kepada pihak lain – selain memudahkan lagi Tesla membangunkan pelbagai ciri-ciri menarik untuk kenderaan mereka.

Buat masa ini, Tesla sedang menggunakan cip NVIDIA untuk teknologi swapandu mereka, dan sebelum ini mereka menggunakan teknologi milik Mobileye yang telah diambil-alih oleh Intel.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Tesla Dan AMD Dilaporkan Bekerjasama Untuk Membangunkan Cip Untuk Kereta Swapandu

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×