Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Promosi Raya Dari MSI Memberikan Diskaun Sehingga RM 600 Serta Baucar Steam RM100

Menjadi kebiasaan jenama-jenama terkemuka akan hadir dengan Promosi Raya bagi produk dan juga perkhidmatan mereka. Salah satu promosi terkini adalah dari MSI, yang menawarkan diskaun hebat untuk pembelian laptop gaming mereka, dan baucar Steam bernilai RM 100 tertakluk kepada pilihan model.

Menerusi Promosi Raya Ini, pengguna boleh mendapat diskaun bermula RM 300 sehinggalah RM 600 tertakluk kepada model yang tertentu. Seperti contoh sekiranya anda ingin membeli MSI GE62VR Camo Squad Limited Edition, anda akan memperoleh diskaun RM 300 beserta headset MSI DS502. Jika anda ingin membeli laptop dengan spesifikasi yang lebih tinggi, model berikut akan memperoleh diskaun RM 600 iaitu GT62VR-269MY, GS73VR-282MY, GS73VR-273MY, dan GE72-432MY.

Jika anda membeli versi permulaan GL62M-054MY atau GL62M-089MY, anda akan menerima baucar Steam RM 100 yang boleh digunakan untuk membeli permainan dari platform tersebut.

Kesemua promosi ini tersedia menerusi saluran pembelian produk MSI baik pembelian di kedai fizikal mereka, mahupun pembelian menerusi laman web mereka dan juga 11Street. Jika anda sedang mencari laptop gaming, manfaatkan promosi raya ini seadanya.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Promosi Raya Dari MSI Memberikan Diskaun Sehingga RM 600 Serta Baucar Steam RM100

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×