Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Butiran Dan Harga CPU AMD EPYC Untuk Kegunaan Pusat Data Diumumkan

Kewujudan CPU berkuasa tinggi Amd Epyc sudahpun diketahui untuk beberapa ketika, akan tetapi, tiada butiran yang diberikan oleh syarikat AMD selain daripada ia akan terdiri daripada CPU-CPU yang mempunyai 32 teras dan 64 bebenang kuasa.

AMD kini baru sahaja mengumumkan butiran-butiran mengenai cip=cip pemprosesan tersebut, dan AMD EPYC ini hadir dengan beberapa model yang mempunyai jumlah teras yang berbeza. Ini termasuklah CPU 32-teras, 24-teras, 16-teras dan 8-teras.

Siri Cpu Amd Epyc 8-teras hanya hadir dengan satu model, iaitu AMD EPYC 7251, manakala siri CPU 16-teras mereka hadir dengan model-model AMD EPYC 7281, 7301 dan 7351. CPU 24-teras pula hadir dengan dua model, AMD EPYC 7401 dan 7451. Siri CPU 32-teras pula hadir dengan CPU AMD EPYC 7501, 7551 dan 7601.

Menurut AMD, CPU-CPU ini khusus digunakan untuk kegunaan server dan pusat data, dan salah satu kelebihannya ialah kemampuan untuk menampung lapan batang RAM yang berjumlah 2TB untuk model-model tertinggi. Selain dari itu, beberapa CPU-CPU ini juga boleh digunakan di dalam sistem server yang boleh menggerakkan dua CPU sekaligus. CPU-CPU ini termasuklah AMD EPYC 7351, 7401 dan 7551. Penggunaan server dua soket, ataupun 2P (Dual Processor) ini bertujuan untuk tugasan mission critical yang memerlukan kuasa pemprosesan yang sangat tinggi.

Selain dari itu, pihak AMD juga ada mengumumkan tanda harga permulaan untuk kesemua siri CPU ini, dan juga tarikh pelancarannya. Bagi siri CPU AMD EPYC 8-teras, tanda harganya ialah $475 (RM), manakala siri CPU EPYC 16-teras bermula dari $650 (RM). Siri CPU EPYC 24-teras dan 32-teras pula hadir dengan tanda harga permulaan $1075 (RM) dan $2100.

Dari segi kehadiran di pasaran pula, AMD menyatakan bahawa siri CPU AMD EPYC 32-teras kini hadir di pasaran, manakala siri CPU EPYC yang lain akan berada di pasaran pada hujung bulan Julai kelak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Butiran Dan Harga CPU AMD EPYC Untuk Kegunaan Pusat Data Diumumkan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×