Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

GitHub Marketplace Dilancarkan – Memudahkan Lagi Proses Pembangunan Aplikasi Anda

GitHub sedia menjadi salah satu laman utama yang dikunjungi ramai pembangun dalam membangunkan perisian dan kod, termasuk memantau perubahan pada kod dengan lebih mudah. Hari ini, Github mengumumkan kemaskini pada platform mereka, termasuk memperkenalkan kedai terbina yang dinamakan sebagai Github Marketplace.

Melalui GitHub Marketplace, ia membolehkan para pengguna untuk mempercepatkan lagi pembangunan perisian, aplikasi dan sebagainya. Pengguna boleh mendapatkan atau membeli sebarang tool atau kod yang dibangunkan oleh pihak lain, dan menggunakannya dalam pembangunan mereka.

GitHub mengatakan mereka ingin memudahkan proses pembangunan oleh para pembangun untuk hadir dengan penawaran perisian dan aplikasi yang berjaya.

Buat masa ini, tiga kategori disediakan di GitHub Marketplace, iaitu Code Quality, Code Review, Continuous Integration, Mentoring, dan Project Management.

Layari : GitHub Marketplace



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

GitHub Marketplace Dilancarkan – Memudahkan Lagi Proses Pembangunan Aplikasi Anda

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×