Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Rekaan Microsoft Surface Pro Tertiris

Microsoft Surface Laptop dilancarkan hanya beberapa minggu yang lalu dan ia antara komputer riba dengan rekaan yang paling menarik pernah dihasilkan. Tetapi bagi kebanyakan pengguna, model terkini untuk Surface Pro adalah yang paling dinantikan tetapi tidak diperlihatkan pada waktu yang sama dengan Surface Laptop.

Rekaan model terkini Microsoft Surface Pro akhirnya tertiris ehsan dari @evleaks. Model terkini ini tidak akan lagi menggunakan nama bernombor dan sebaliknya akan dikenali sebagai Surface Pro sahaja. Dari segi rekaan tiada perubahan luaran dilakukan berbanding Surface Pro 4. Kemaskini hanya dilakukan pada komponen dalaman dan Surface Pen yang ditawarkan dalam empat warna. Surface Pro dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Mei hadapan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Rekaan Microsoft Surface Pro Tertiris

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×