Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Mengumumkan Aplikasi Yang Boleh Membalas Mesej Secara Automatik Ketika Memandu

Samsung sedia membangunkan beberapa Aplikasi dalam memudahkan kehidupan harian. Terkini, mereka turut sebuah aplikasi baru yang dinamakan sebagai In-Traffic Reply, iaitu sebuah aplikasi yang boleh membalas Secara Automatik Ketika anda sedang memandu kenderaan.

Melalui aplikasi ini, ia beroperasi Secara Automatik apabila mendapati pengguna sedang memandu atau menunggang kenderaan melalui sensor GPS pada telefon pintar berkenaan. Seperti biasa, pengguna boleh mengawalnya, dan menetapkan apakah mesej automatik yang boleh dibalas.

Seperti ramai sedia maklum, kebarangkalian seseorang membalas mesej adalah sangat tinggi – dan ia turut membawa kepada ancaman ketika berada di atas jalan raya. Dengan aplikasi ini, Samsung ingin mengurangkannya, selain membolehkan pengguna memfokuskan kepada pemanduan di jalan raya.

Buat masa ini, Samsung masih sedang mengujinya pada peringkat beta, dan dijangka melancarkan ia di Google Play Store sekitar pertengahan Mei kelak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Mengumumkan Aplikasi Yang Boleh Membalas Mesej Secara Automatik Ketika Memandu

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×