Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

(Ura-Ura) Lenovo Menutup ZUK Mobile Dan Peranti Dijenamakan Semula Sebagai Lenovo Moto

ZUK Mobile ialah pengeluar yang memulakan operasi pada Mei 2015 dan ia merupakan anak syarikat Lenovo. Setakat ini mereka telah menghasilkan lima peranti dengan ZUK Edge dilancarkan Disember tahun lalu. Kini kedengaran ura-ura ZUK Mobile akan ditutup dan kesemua peranti mereka akan dijenamakan semula di bawah payung Lenovo Moto. Ini ialah menurut pandangan pengalisa Pan Jiutang melalui laman Weibo beliau.

Sekiranya ura-ura ini benar ia sebenarnya tidak mengejutkan. Pihak Lenovo telahpun menghentikan penggunaan jenama Vibe mereka tahun lalu. Dengan menggunakan nama Moto, peranti mereka akan lebih mudah diterima pengguna terutamanya di barat.

Langkah menggabungkan Kesemua Peranti Lenovo di bawah payung yang sama dapat mengurangkan kos dan memudahkan proses pemasaran. Pada waktu yang sama sebelum ini kami melaporkan di China kesemua peranti Lenovo Moto akan menggunakan pelancar ZUI yang dibangunkan oleh ZUK.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

(Ura-Ura) Lenovo Menutup ZUK Mobile Dan Peranti Dijenamakan Semula Sebagai Lenovo Moto

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×