Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Alipay Mengumumkan Kerjasama Dengan Maybank Dan CIMB Untuk Dilancarkan Di Malaysia

Alipay merupakan salah satu platform pembayaran yang dimiliki oleh Jack Ma – dan digunakan secara meluas di China untuk pembelian melalui platform Alibaba. Terkini, seperti dirancang, perkhidmatan berkenaan juga bakal hadir ke pasaran tempatan.

Untuk tujuan berkenaan, hari ini Alipay Mengumumkan Kerjasama dengan Maybank dan juga CIMB. Menurut Maybank, perkhidmatan ini boleh digunakan bermula Mei 2017, sementara CIMB masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya buat masa ini.

Melalui Kerjasama ini, mereka akan melancarkan perkhidmatan pembayaran berasaskan barcode dari Alipay di Malaysia. Ia sekaligus akan membolehkan pelancong dari China untuk membuat pembayaran menggunakan Alipay, sementara untuk penjual tempatan pula, mereka akan lebih mudah menerima pembayaran.

Selain daripada itu, ketiga-tiga syarikat ini juga dilihat akan turut melihat kepada peluang kerjasama dalam arena perkhidmatan kewangan lain di Malaysia, termasuk dalam lebih membantu mempromosikan perdagangan dikalangan syarikat kecil dan sederhana.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Alipay Mengumumkan Kerjasama Dengan Maybank Dan CIMB Untuk Dilancarkan Di Malaysia

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×