Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Dokumentari Tony Hawk’s Pro Skater Sedang Mengumpulkan Dana Di Indiegogo

Tahun 1999 ialah tahun yang amat bermakna bagi peminat permainan papan lungsur. Tony Hawk’s Pro Skater dilancarkan untuk konsol PlayStation. Dalam sekelip mata jutaan remaja diperkenalkan kepada sukan ekstrem ini. Dengan THPS pelbagai aksi berani mati dan lasak dapat dilakukan oleh pemain. Siri yang mencapai tahap legenda ini akhirnya terkubur dengan Pro Skater 5 yang mendapat sambutan yang mengecewakan.

Penerbit asal Tony Hawk’s Pro Skater, Ralph D’Amato mengumumkan projek penghasilan dokumentari permainan ini dengan tajuk Pretending I’m A Superman. Trailer yang dihasilkan memaparkan Tony Hawk dan Rodney Mullen serta beberapa individu yang terlibat dengan pembangunan permainan ini. Dokumentari ini sedang mengumpul dana menerusi Indiegogo. Bagi peminat yang mahu cerita sebenar jatuh bangunnya siri ini, anda boleh menderma menerusi pautan di bawah.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Dokumentari Tony Hawk’s Pro Skater Sedang Mengumpulkan Dana Di Indiegogo

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×