Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Uber Menyambut Ulang-Tahun Ke-3 Di Malaysia – Kini Di Langkawi, Alor Setar Dan Miri

Uber merupakan salah satu perkhidmatan tempahan pengangkutan yang berkembang dengan pesat di Malaysia. Lanjutan daripada pengumuman Belanjawan 2017 sebelum ini, Uber dilihat memperluaskan perkhidmatan mereka dengan lebih pesat dan kini turut memperluaskan ke tiga bandar utama lain, iaitu Langkawi, Alor Setar, dan juga Miri.

Ini sekaligus meletakkan Uber kini beroperasi di lebih 12 bandar utama seluruh Malaysia. Pencapaian ini boleh dikatakan sesuatu yang baik – apatah lagi melihat Uber baru beroperasi sekitar 3 tahun di Malaysia.

Bersempena dengan ulang-tahun ke-3 ini juga, Uber kini menawarkan kod diskaun 33% untuk 5 pemanduan dari 21-27 Mac 2017 ini. Pengguna hanya perlu menggunakan kod UBER3RDBDAY ketika membuat tempahan, dan layak mendapat diskaun maksimum sehingga RM5.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Uber Menyambut Ulang-Tahun Ke-3 Di Malaysia – Kini Di Langkawi, Alor Setar Dan Miri

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×