Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apple Gandakan Penawaran Storan Untuk iPhone SE – Kini Dalam Versi 32GB Dan 128GB

Bersama-sama pengenalan Iphone 7 dan iPhone 7 Plus edisi RED, pihak Apple uga turut mengumumkan kemaskini untuk iPhone SE. Ia masih mengekalkan saiz kompak 4-inci yang menjadi kegemaran ramai, selain menggunakan cip Apple A9 dan juga kamera belakang 12-megapixel.

Dari segi perubahan, kini Apple tidak lagi menawarkan model iPhone SE dengan 16GB atau 64GB, sebaliknya kini ia hadir dengan gandaan ruangan storan, iaitu dalam pilihan 32GB dan juga 128GB.

Penawaran yang lain adalah lebih kurang sama, dan Apple masih memasarkannya sebagai telefon pintar bersaiz 4-inci yang paling berkuasa di pasaran.

Di Malaysia, versi 32GB ditawarkan pada harga RM1949, sementara model 128GB pula ditawarkan pada harga RM2449. Apple Store Malaysia masih memaparkan ia sebagai “tidak ditawarkan lagi”, dan perkara berkenaan mungkin berubah dalam masa terdekat ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Apple Gandakan Penawaran Storan Untuk iPhone SE – Kini Dalam Versi 32GB Dan 128GB

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×