Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

(Ura-Ura) iPhone 8 Tidak Akan Ditawarkan Dengan Storan 32 Gigabyte

Apakah saiz Storan yang paling ideal untuk peranti pintar pada tahun 2017. Di dalam ramalan trend peranti 2017, kami meramalkan saiz storan 64 Gigabyte akan mula menjadi penawaran paling kecil untuk peranti-peranti utama. Ini adalah kerana kemampuan mengambil video pada resolusi 4K serta saiz aplikasi yang semakin besar menjadikan storan 16 Gigabyte tidak lagi memadai.

Ura-ura mula kedengaran bahawa Apple tidak akan lagi menawarkan saiz storan 32 Gigabyte bermula dengan iPhone 8. Sebaliknya storan terkecil yang bakal ditawarkan ialah 64 Gigabyte dan saiz storan terbesar pula ialah 256 Gigabyte. Sekiranya ini berlaku ia tidaklah mengejutkan. Pilihan storan 16-Gigabyte tidak ditawarkan pada iPhone 7 dan 7 Plus.

Harga storan yang semakin murah serta keperluan pengguna yang mahukan peranti dengan storan lebih besar akan memaksa pengeluar untuk menghentikan penawaran model dengan storan yang kecil. Pada waktu yang sama ura-ura iPhone 8 akan dijual pada harga bermula $1000 kelak membuatkan seakan mengiakan lagi ura-ura terkini ini .



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

(Ura-Ura) iPhone 8 Tidak Akan Ditawarkan Dengan Storan 32 Gigabyte

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×