Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Info: Peranan Sebenar Peguam Dalam Urusan Jual Beli Hartanah.

Tonton Video dan Berkenalan dengan Kakitangan Firma Peguam Anda Sebagai Pembeli Tanah Lot
.
.
.
Assalamu’alaikum wbt dan salam yang barakah.


Info: Peranan Sebenar Peguam Dalam Urusan Jual Beli Hartanah / Tanah Lot
.
Pengurusan Guaman-Soalan Jual Beli Hartanah (Tanah Lot dan Pembinaaan Rumah)

Disini wajib saya terangkan secara panjang lebar sikit..
.
kepada semua Pelangan @ Pembeli tanah lot Kami..
Perlukah Anda semua ...
1)Mencari Peguam Jual Beli Tanah atau Bina Rumah ?
2)Ingin tahu berapa kos guaman utk urusan beli tanah atau bina rumah ?
3)Takut tersilap memilih peguam hartanah?
4)Perlukan Peguam S&P atau Daftar Nama di Pejabat Tanah?
.
.
Berita Baik – Peguam Hartanah adalah Keutamaan bagi Pelanggan / Pembeli Tanah Lot
.
.
Firma guaman atau peguam hartanah adalah KEUTAMAAN  bagi syarikat NZR PROPERTIES REALTY..Peguam hartanah adalah pihak yang menguruskan surat perjanjian jual beli (S&P / SPA), tukar hakmilik, PENDAFTARAN DIPEJABAT TANAH & MAHKAMAH. Kami tahu adalah menjadi harapan setiap pelanggan kami agar peguam yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik. Tepati masa perjanjian, jujur, cekap, menjaga kepentingan pelanggan dan paling penting mudah dihubungi.
.
Oleh itu Team NZR PROPERTIES REALTY berbesar hati berkongsi peguam jual beli tanah kami iaitu Firma Guaman ROYANI & Co yang selalu berurusan dengan kami sekiranya anda perlukan. Firma Guaman ini amat bertanggungjawab, berpengalaman dalam selok belok hartanah dan mempunyai kakitangan muslimah yang amat mesra pelanggan.
.
antara Skop Khidmat pihak peguam kami uruskan kepada anda:
1)Memberi nasihat perundangan kepada anak guam berkaitan urusan dan proses jual beli hartanah
2)Menyediakan perjanjian jual beli (s&p) dan dokumen pindah milik dan pendaftaran surat ikatan amanah di pejabat tanah.
3)Memastikan terma dan syarat perjanjian jual beli melindungi kepentingan anak guam
4)Memastikan dokumen teratur sebelum menyediakan perjanjian jual beli
5)Menguruskan Surat Perjanjian Pembiayaan / Pinjaman @ Loan Agreement.
6)Dan lain-lain kerja yang berkaitan dengan Wasiat, harta Pusaka dan semua urusan berkaitan hartanah.
.
.
Mungkin ramai yang bertanya, kenapa kita perlu gunakan khidmat peguam untuk uruskan urusan pembelian sesuatu hartanah? Tidak bolehkah kalau kita uruskan sendiri Urusan Jual Beli tersebut tanpa melibatkan peguam?
.
Ini kerana, ramai bertanggapan, sekiranya kita menggunakan khidmat peguam, peguam akan kenakan bayaran guaman yang amat mahal hingga belasan ribu ringgit, sedangkan urusan jual beli hartanah tersebut bukanlah susah sangat pun. Ia sekadar isi borang itu dan ini dan selepas itu pergi sahaja ke pejabat tanah. Selesai urusan.
 Itulah antara persepsi sesetengah daripada orang yang biasa saya dengar…dan ini adalah pandangan yang kurang tepat.
.

.
Kenapa Anda Perlukan Khidmat Peguam ..??
.
.
Di sini saya ingin jelaskan, kenapa sebenarnya anda perlu khidmat peguam untuk urukan urusan jual beli hartanah anda?
1. Jual beli hartanah melibatkan undang-undang. Urusan jual beli hartanah ini juga akan melibatkan isu-isu berkaitan undang-undang tanah. Misalnya, tentang syarat-syarat urusan jual beli hartanah di bawah Rezab Melayu, borang-borang urusniga hartanah tertentu yang digunapakai sebagaimana yang dikehendaki di dalam Kanun Tanah Negara dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan undang-undang tanah.
2.Dalam urusan sesuatu jual beli hartanah, Peguam juga akan bertanggungjawab sebagai stakeholder (pemegang pertaruhan) terhadap semua bayaran yang anda akan jelaskan kepada syarikat kami nanti. Dalam erti kata lain, segala bayaran hendaklah dibuat melalui peguam yang telah kami lantik. Peguam anda nanti yang akan melepaskan bayaran harga jual beli tersebut kepada pihak kami tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam perjanjian jual beli.
3) Peguam akan memberi anda nasihat tentang masalah bersifat undang-undang, mewakili anda di mahkamah jika perlu, membantu mengendalikan hak anda disisi undang-undang.
.
.
Oleh yang demikian, kami telah memilih peguam yang mahir dan berpengalaman dalam urusan pembelian hartanah anda di samping peguam yang anda mudah berurusan dengan mereka untuk mempastikan urusan jual beli hartanah tersebut berjalan lancar.
.
Ramai yang pesan, jika nak bayar 10% ini eloknya gunakan cek, tunai pun boleh tapi tidak digalakkan. Bagi yang tiada cek sendiri boleh gunakan banker cheque. Pastikan anda dapatkan pengesahan penerimaan oleh pejabat peguam semasa menyerahkan duit tersebut. Ia penting sebagai bukti jika timbul masalah kemudian hari.
.
Maka Untuk Pembelian Tanah Lot yang kami uruskan di NZR PROPERTIES REALTY memang tuan / puan diwajibkan bayar terus pada NZR PROPERTIES REALTY atau pihak firma peguam yang kami lantik iaitu ROYANI & CO sahaja.
.
KLIK DISINI -KETAHUI TENTANG SURAT PERJANJIAN JUALBELI (S&P) DAN Surat Ikatan Amanah (SIA) YANG DIURUSKAN OLEH PEGUAM HARTANAH KAMI UNTUK Melindungi Hak dan Kepentingan Anda Sebagai Pembeli –Pembeli Tanah Lot ..?
.
TIDAK PERLU BUAT APA-APA PEMBAYARAN WANG TUNAI PADA PEGAWAI JUALAN KAMI atau Broker atau Introducer.
dan yang paling utama untuk pelanggan / pembeli tanah lot kami... semua kos bayaran pelbagai surat perjanjian dan semua kos guaman..pihak KAMI TANGGUNG 100%..anda tidak perlu bayar satu sen pun… ianya PERCUMA untuk Anda.
.
Semoga anda semua gembira dengan sedikit perkongsian pada hari ini…Untuk sebarang pertanyaan yang melibatkan urusan pembayaran untuk membeli TANAH LOT ..sila hubungi 0132193131 Encik Azman dari syarikat NZR PROPERTIES REALTY.
.
.
.
Sharing is caring ...
Sebarkan Berita Baik Ini  !!
.
atau Share link blog ini pada rakan2 anda di Facebook, Twitter, Google+, Email, SMS, Telegram dan WhatsApp pada Rakan2 dan WhatsApp Group2 Yang Anda Join.
BUTTON SHARE –Sebelah Kiri Jika Anda Guna Laptop / PC
BUTTON SHARE – Dibawah Sekali Jika Anda Guna Henpon / Android
Harap anda Share BUTTON Facebook & WhatsApp ye
p/s – terimakasih atas LIKE dan Share Anda.. Kami juga Doakan Semoga Anda Kaya & Berjaya didunia dan akhirat.. aamiin ya rabb

.
.
.


.
.
.

Share the post

Info: Peranan Sebenar Peguam Dalam Urusan Jual Beli Hartanah.

×

Subscribe to Hubungi 0132563131 -tanah Lot Untuk Mini Banglo Untuk Dijual Di Sijangkang Dan Jalan Murai Batu 9

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×