Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

SURAT IKATAN AMANAH (SIA)


.
Panduan dari Azman Hartanah: Surat Ikatan Amanah (SIA)
.
.
Kedudukan SURAT IKATAN AMANAH (SIA) dalam Urusan Jual Beli Tanah Lot.
.
.
Adakah SURAT PERJANJIAN JUALBELI (S&P) DAN Surat Ikatan Amanah (SIA) Akan Melindungi Hak dan Kepentingan Pembeli –Pembeli Tanah Lot ..?

ADAKAH SELAIN SURAT PERJANJIAN JUALBELI (S&P) DAN SURAT IKATAN AMANAH (SIA) AKAN MELINDUNGI HAK DAN KEPENTINGAN PEMBELI – PEMBELI TANAH LOT .?
                                            
1. Surat Ikatan Amanah (SIA) kini menjadi instrument penting yang digunapakai dalam urusan jual beli tanah lot yang di uruskan oleh syarikat NZR PROPERTIES REALTY
.
2. Melalui Surat Ikatan Amanah (SIA) tersebut, semua pembeli tanah lot akan diminta menandatangani satu SIA yang disediakan oleh peguam kami, dimana melalui SIA tersebut semua pembeli tanah lot kami bersetuju melantik penjual atau wakil pembeli2 tanah lot yang lain sebagai pemegang amanah yang akan dipertanggungjawabkan untuk pengurusan komuniti ygang lebih sistematik, membayar cukai2 tahunan dan sebagainya.
.
3. Surat Ikatan Amnah (SIA) akan didaftarkan oleh Peguam kami ke Pejabat Tanah untuk membolehkan ianya dikuatkuasakan. Dan apabila telah didaftarkan di Pejabat Tanah,  pindahmilik hendaklah dibuat dalam geran untuk memindahmilikkan nama penjual selaku pemilik berdaftar kepada nama2 penjual selaku Pemegang Amanah terhadap tanah tersebut. Barulah SIA tersebut boleh dianggap sempurna dan efektif dari segi perundangan.
.
4. Ada sesetengah penjual tanah lot tidak mendaftarkan pun SIA tersebut di Pejabat Tanah. Apatah lagi membuat pindah milik nama penjual dalam geran daripada pemilik berdaftar kepada Pemegang Amanah. Bahkan kadangkala SIA tersebut tidak pun dimati stem oleh penjual. Bukan itu sahaja, kadangkala pembeli pun tidak pernah tengok SIA tersebut apatah lagi mendapat satu salinannya daripada penjual. Jadi bagaimanakah hak dan kepentingan pembeli akan dilindungi sepenuhnya melalui SIA tersebut?
.
.

.
.
5. Perlu difahami, dari segi perundangan, kedudukan SIA ini sama seperti Perjanjian Jual Beli (SNP) sesuatu hartanah. Sesuatu perjanjian jual beli yang telah ditandatangani dan di mati setem, sesuatu transaksi jual beli hartanah dianggap masih tidak sempurna sehinggalah hartanah tersebut dipindahmilik kepada pembeli-pembeli tanah lot melalui perjanjian Surat Ikatan Amanah (SIA)
.                                  
6. Jika berlaku pemegang amanah meninggal dunia, maka SIA tersebut akan dianggap terbatal. Pemegang amanah yang baru dikalangan waris penjual atau dikalangan pembeli2 tanah lot perlu dilantik. Untuk membolehkan SIA tersebut dikuatkuasakan semula, ianya perlulah melalui semula proses dan prosedur yang saya nyatakan di atas tadi dan Pihak peguam kami akan uruskan untuk membuat Surat Ikatan Amanah (SIA) yang baharu.
.
- Apa akan jadi sekiranya dikalangan pembeli-pembeli tanah lot atau waris penjual tidak mahu memberi kerjasama untuk mengambil alih tugas sebagai pemegang amanah? Pasti urusan SIA baru ini akan tergendala dan tidak dapat disempurnakan.?
.
- Bagaimana pula kalau dalam proses pendaftaran Surat Ikatan Amanah tersebut, pembeli tanah lot pula yang meninggal dunia. Bolehkan waris pembeli menuntut tanah lot tersebut sebagai harta pusaka simati dengan hanya bersandarkan kepada SIA tersebut ?
.
7. Berdasarkan pengalaman saya dalam bidang hartanah dan pengalaman yang saya terima dari sudut perundangan guaman, dalam kes sebegini, Pejabat Pusaka Kecil ataupun Mahkamah akan melihat sama ada dalam geran tersebut ada nama pembeli tanah lot atau tidak sebagai pemilik berdaftar. Jika tiada sudah pasti agak sukar untuk mereka mengesahkan bahawa tanah lot tersebut adalah harta pusaka pembeli yang boleh diwariskan kepada waris-waris mereka tetapi walau bagaimana pun Surat Perjanjian JualBeli ( SNP) dan Surat Ikatan Amanah (SIA) yang asal ini masih digunapakai dan masih berkuasakuasa.
.
8. Selain daripada itu, Surat Ikatan Amanah (SIA) ini juga tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan amalan guaman hartanah yang sebenar sebagaimana yang dinyatakan dalam Kanun Tanah Negara (KTN).
.
.
KLIK DISINI UNTUK KETAHUI: Peranan Sebenar Peguam Dalam Urusan Jual Beli Hartanah / Tanah Lot
.
.
.
.
Anda Juga TIDAK PERLU BUAT APA-APA PEMBAYARAN WANG TUNAI PADA PEGAWAI JUALAN KAMI atau Broker atau Introducer.
dan yang paling utama untuk pelanggan / pembeli tanah lot kami... semua kos bayaran pelbagai surat perjanjian dan semua kos guaman..pihak KAMI TANGGUNG 100%..anda tidak perlu bayar satu sen pun… ianya PERCUMA untuk Anda.
.
Semoga anda semua gembira dengan sedikit perkongsian pada hari ini…Untuk sebarang pertanyaan yang melibatkan urusan pembayaran untuk membeli TANAH LOT ..sila hubungi 0132193131 Encik Azman dari syarikat NZR PROPERTIES REALTY.
.
.
.
Sharing is caring ...
Sebarkan Berita Baik Ini  !!
.
atau Share link blog ini pada rakan2 anda di Facebook, Twitter, Google+, Email, SMS, Telegram dan WhatsApp pada Rakan2 dan WhatsApp Group2 Yang Anda Join.
BUTTON SHARE –Sebelah Kiri Jika Anda Guna Laptop / PC
BUTTON SHARE – Dibawah Sekali Jika Anda Guna Henpon / Android
Harap anda Share BUTTON Facebook & WhatsApp ye
p/s – terimakasih atas LIKE dan Share Anda.. Kami juga Doakan Semoga Anda Kaya & Berjaya didunia dan akhirat.. aamiin ya rabb
.

.
.
.

Share the post

SURAT IKATAN AMANAH (SIA)

×

Subscribe to Hubungi 0132563131 -tanah Lot Untuk Mini Banglo Untuk Dijual Di Sijangkang Dan Jalan Murai Batu 9

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×