Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

HKA 1


Hanzalah.
Dia yang kini bergigi 7,  merangkak laju berkuak lentang, dengan senyuman semanis madu, kini genap setahun hari ini.

Setahun lepas, dalam dakapan ayah, ibu sedang bertarung nyawa menyambutmu.
Kelahiran yang dinantikan, yang dipermudahkan dan diringankan Allah, dengan seorang bayi lelaki seberat 3 kilo dan panjang 54 sm.

Dan kami namakan dia Hanzalah, sempena nama seorang panglima dan sahabat nabi.
Nama yang kami angan-angankan untuk anak pertama kami sejak mula bertemu.
Peribadi ringkas yang berani, dan dia yang tegas memilih antara dua cinta. Dia yang merasakan tertipu dengan dirinya sampaikan dikatakan dirinya munafik, walhal dirinya pantas merasa insaf dan dekat dengan TuhanNya. Itulah dia, Hanzalah ibnu Ar Rabi r.a
 
Dan harapan kami buat Hanzalah ibnu Khalis Amali, semoga terus menjadi seorang yang soleh dan ikhlas.
Semoga hatinya cepat menyerap kebaikan dan kebenaran. InshaAllah.
Semoga dijauhkan dari sifat dengki, bisikan syaitan, perkara yang buruk dan perbuatan jahat manusia. Nauzubillah.

Setiap anak itu dilahirkan dalam fitrahnya sesuci kain putih.
Semoga Allah membimbing Ayah Dan Ibu selalu dalam mencorakkan peribadi muslim kepada dirimu wahai anakku. Ameen.


Selamat hari jadi, sayang.
Sanah Helwah, Hanzalah habibi.
Wahai belahan dedua ayah dan ibu.


This post first appeared on Again, I, please read the originial post: here

Subscribe to Again, I

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×