Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

PALANG PULL UP (Pull Up Bar)

Review PALANG PULL UP (Pull Up Bar) dari Lazada.

Saya telah membeli Palang Pull Up (jenama Iron Gym) dari Lazada beberapa bulan lalu. Ia tiba dalam suatu kotak panjang. Ia terdiri daripada lima bahagian yang perlu dipasangkan sendiri. Palang utama juga perlu disambungkan dari dua bahagian kerana ia telah dipecah dua agar muat dalam kotak. Kualiti logam nampaknya sedikit tipis tetapi keseluruhan palang sangat tegar dan kukuh setelah siap dipasang. Pemasangan mengambil tempoh masa lebih kurang 45minit dan melibatkan beberapa skru dan nut. Tak susah memasang, malah saya tidak perlu membaca risalah arahan yang terserta. Inilah rupanya setelah sempurna dipasang:

Saya Boleh Melakukan 3 jenis pull-up yang berbeza dengan menggunakan Palang Pull Up jenama Iron Gym ini. Pada palang utama, saya boleh melakukan dua jenis pull up, iaitu Pullup genggaman luas (wide grip) dan pullup genggaman sempit (close grip). Manakala pullup genggaman neutral (neutral grip) pula boleh dilakukan pada dua palang kecil yang menonjol keluar. Ketiga-tiga jenis pull up mengerjakan kumpulan otot yang berlainan. 


Pull up adalah latihan bahagian atas badan yang melibatkan otot sisi "lats", otot abdomen "abs", serta otot lengan dan cengkaman tangan anda. Terdapat dua versi pull-up. Chin-up adalah apabila tapak tangan anda menghadap ke arah anda. Pull-up yang sebenar adalah apabila tapak tangan anda menghadap keluar. Chin-up lebih melibatkan penggunaan otot bisep. Oleh itu, chin-up lebih mudah dilakukan, manakala kebanyakan orang dewasa tidak berupaya melakukan pull-up walaupun sekali.



Buatlah matlamat untuk melakukan satu lagi kali pull-up berbanding cubaan sebelumnya. Sebagai contoh, jika anda hanya boleh melakukan 3 kali pull-up hari ini, jadikan matlamat anda untuk melakukan 4 kali esok. Ia mungkin atau mungkin tidak berjaya. Mungkin anda cuma masih boleh melakukan 3 kali yang sama. Mungkin anda boleh melakukan 3 setengah kali. Atau, anda benar-benar berjaya melakukan kesemua 4 kali. Tidak kisah, cara terbaik untuk meningkatkan jumlah pull-up ialah dengan terus mendesak badan anda. Dengan intensiti dan tumpuan yang cukup, anda boleh melakukannya.


Harga: $35 (dari Lazada)


This post first appeared on The Vexing World, please read the originial post: here

Share the post

PALANG PULL UP (Pull Up Bar)

×

Subscribe to The Vexing World

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×