Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Masam Manis Peringkat Kebangsaan (Road to Terengganu 2014)


Buku Program Festival Nasyid & Khatam Quran Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan 2014
Sesungguhnya sangat payah untuk mencari waktu yang sesuai dan penuh ketenangan untuk mencoret kisah kali ini...

^^. Hahahaha... macam cerita sadis lak kan...

Mungkin ni entry yang paling panjang daripada aii? (bukan entry copy paste). Justeru itu aii harus lebih fokus dan bersungguh-sungguh dalam menghayati penulisan serta jalan cerita yang aii akan abadikan dalam entry kali ini...

*Aii' sepatutnya sebok menelaah slaid power point untuk presentation KSSR 5... tetapi aii memilih melegakan otak yang tengah berserabut dengan mencorat-coret...

Ini entry khas buat Pasukan Kontinjen Nasyid Pendidikan Khas Negeri Selangor ke peringkat kebangsaan tempoh hari di Kuala Terengganu...

Di Primula Beach Hotel... Eh...giler aper aii ni... di Permai Hotel Kuala Terengganu... (Hahahahah).

Ini lah dia tempat penginapan dan pertandingan peringkat kebangsaan
Kami hadir dengan tekad dan azam...untuk meraih kejayaan... tambahan pula jika mendapat JOHAN seakan satu bonus yang tidak ternilai harganya... mungkin ibarat bonus gaji setahun... (Perhatian untuk PM Najib...aii' nak bonus sekurang2nya 3 bulan gaji.... ^^). Pasti bertambah manis lagi sebab pasukan yang kami latih ni adalah terdiri daripada murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

Harus pastinya berbeza effort a.k.a usaha dan penat lelah berbanding melatih murid perdana...

Sudah semestinya!

Ahhh makeup dah luntur...
Acer (cuba) tengok gaya penulisan aii' ada bau-bau lebih beremosi kali ini... ^^. Sebab...ok sebab aii' merasakan ini antara kejayaan terbesar program pendidikan khas kami... kejayaan yang mungkin kebanyakan orang nampak remeh... kejayaan yang mungkin kebanyakan orang perlekeh... kejayaan yang mungkin kebanyakan orang tidak mengerti... kejayaan yang mungkin kebanyakan orang terus-terusan mencaci...

Aperpon, biarkan apa yang orang lain berkata... biarkan apa yang orang lain bicara... yang penting bagaimana hasilnya... bagaimana impaknya... bagaimana berbezanya...anak-anak ini dulu dan yang sekarang... (sila jangan nyanyi lagu Tegar)

Tatkala murid-murid kita tak punya keyakinan diri... tatkala murid-murid kita tak punya apa2 yang boleh dibanggakan... tatkala mereka ini terus-terusan dipandang sepi...
Senyuman ceria budak nasyid
Mereka diasah... mereka dipupuk... mereka dibentuk... yang pendiam boleh bercakap... yang sumbang jadi 'merdu' (yer ker?), yang flat dah jadi banglo... yang nakal boleh disiplin... yang malu-malu dah pandai bergaya...

Bukan nak mendabik dada... bukan nak eksen ok... tapi Alhamdulillah medium nasyid ini telah mengubah mereka... telah menjadikan mereka insan yang positif dan lebih berani... perubahan walaupun kecil harus kita hargai...


Santai2 sebelum rehearsal
Takkanlah sampai bila2 mereka akan berada di takuk lama... ibarat katak dalam akuarium yg takder penutup kaver (boleh gitu?) ...boleh nampak suasana luar, akuarium dah terbuka tapi tak berani nak melompat keluar.

 Nasyid telah memberi peluang itu...

Dari peringkat daerah hinggalah menjejakkan kaki ke peringkat Kebangsaan di Terengganu...

Alhamdulillah... Seluruh pujian bagi Allah Tuhan Sekalian Alam... memberi kami peluang yang sangat-sangat berharga ini... Syukur Ya Allah.

******

Bersama ibu salah seorang peserta
Peringkat Kebangsaan memang peringkat tertinggi. Memang menjadi idaman lah bagi setiap yang bertanding untuk ke peringkat Kebangsaan... Tak kiralah dalam apa jua acara dan pertandingan. (Kita sembang lain kalau ada peringkat universe, orait!)

Pasti kita semua mengimpikan yang indah-indah bila berada di peringkat kebangsaan.

Bergambar sebelum tidur
Lagi pula selepas berbagai2 rintangan yang berlaku selama berbulan-bulan ni... pengalaman & pencapaian ke peringkat kebangsaan seharusnya manis bak gula kabung (hehe).

Biler dengar jer wat kat Primula Beach... wahhh... masa tu memang bersinar-sinar mata... segar bugar badan... hahahaha... Ok, bukan nak condemn Permai Hotel... tapi perkataan Primula tu sangat2 membuatkan kami rasa lebih dihargai... rasa lebih 'Kebangsaan' gitu... (giler tak rasa hebat... Primula tu... suami aii' siap kata "Huiyoo" lagi... )

Biler dah tukar venue... ofkos hobi aii' adalah menGOOGLE tempat dan suasana venue. Hurmm... lepas tengok tu masih berharapan walaupun peratusan dah menurun ke 60%. Tapi masih mengharapkan aura 'Kebangsaan' itu... ^^

Perjalanan ke Terengganu berjalan lancar... suasana di dalam bas haruslah tak tenang sebab murid-murid memang excited...berborak jer tak tido. Memang memenatkan perjalanan ke Terengganu... tambahan lagi bila pakcik bas sangat mementingkan keselamatan dengan memandu 60-70km/j.

Ceria jer semasa bergerak ke JPNS
Sesampainya di Hotel Permai Kuala Terengganu... Kami yang berkekuatan 7 guru dan 11 budak ni (kontinjen skolah rendah yang paling ramai kot?) ditempatkan di dalam 3 bilik... hahahaha... Apsal aii rasa lawak ni... Hahahahaha...

Janganlah salahkan pihak hotel dan pengurusan... (^^)... memang salah kami pon sebab dah ditetapkan hanya 2 guru dan 12 murid sahaja... so memang 3 bilik jer la... Maka dengan bestnyer kami memutuskan murid2 lelaki semua sebilik (8 orang taw!), guru jurulatih 5 orang sebilik dan selebihnya 2 guru pengiring dan 3 orang murid perempuan sebilik...

Tambah lagi extra beds...

Settle!!!


Selesai urusan bilik yang stress itu, we ols distresskan pulak oleh makanan yang tak sodap... dan juga servis hotel yang sangatlah tak cekap...

Tak tau la bajet ciput ker... atau memang skill tukang masak tak bagus ker... kalau tengok topi chef tu memang tinggi giler arr...

Aii pon tak ingat lauk apa pada dinner hari pertama hari tu? Daging kot... ker ikan? tapi yang penting kuahnyer cair... rasa 'yillek'... sayur tawar... dah la tawar, sayur yang dah habis tidak lagi ditopup. Disebabkan tak sedap maka takder la kehinginan kitorang nak snap pic foods tu...

Ni je yang sedap
Nak tau apa yang sodap?

Air sirap, kepok ikang and buah tembikai jer hok sedak!

Kesimpulannya sepanjang 3 hari kat Permai Hotel tu...servis makanan memang terok... sampailah ke dinner malam kemuncak... service untuk air minuman sangat lambat... malah perlu diminta dan diarah oleh kami-kami ini supaya mereka membancuh lagi air minuman.

Haishhh... memang tak terkata sebenarnya tentang servis makanan hotel itu ^^... memang teruk laaa... ayat aii' agak sopan di dalam blog ni...tapi jika anda semua berada di tempat kejadian... memang tragis rasanya...

Dengan lauk TAK SEDAP (dibuat ala kadar...lagi sedap lauk kantin), servis makanan seperti topup nasi dan lauk LEMBAB...perlu menunggu lama... memang takder kelas ' kebangsaan' langsung!

Terdetik jugak dalam hati... (slalu taw hati ni...tak berhati-hati ^^)

"Apekah kerana we ols ni Pendidikan Khas so presentation ala kadar jer?"

******
Berdoa agar dipermudahkan urusan

Di pagi pertandingan yang hening dan damai...

Perasaan 'cemas' telah memakan diri Pasukan Selangor (hamik kau)... baru tau betapa stressnyer pertandingan peringkat kebangsaan kan... sebelum2 ni murid-murid dah diberitahu terlampau banyak kali... betapa pentingnya perlu bersungguh2 kerana kita dah sampai peringkat kebangsaan...

Nampaknyer memang dorang ni kene ada kat tempat kejadian barruuuuuulahhhh nak sedor diri...



Genangan air mata... linangannya...juga titisannya ... (tak lupa juga titisan air liur seorang murid kami yang gara-gara tak tutup mulut semasa dipakaikan samping) turut menghiasi suasana pagi pertandingan...


Lom kira lagi tangan seram sejuk...muka pucat lesi... menggigil...sakit perot (rindu family konon!).

Fokus u ols!
HAHAHAHAHA... "TU LAAAA!"..... rasa best jer nak ulang banyak kali...

"Tulaaa....! Tu laaa....! Praktis main2 lagi..." Biler tak berapa bersedia ni haruslah perasaan tak yakin and kecut segala organ2 tu datang...

Nasib baik takder yang cirit birit time performed. 

Akhirnya mereka membuat persembahan dengan penuh rasa ketakutan yang menyelubungi mereka... sehingga pelbagai kesalahan terjadi. Hehehehehe...
Harap ini menjadi ikhtibar dan pengajaran yang tak terhingga bagi yang 'berkenaan'. Hek?
Sedang berjuang!











Kalau diulang-ulang balik video diorang ni banyak kali memang mendidih jer rasa jiwa ni... Hahahaha... benda yang praktis kat sekolah selama ni tak salah jadi salah...

Benda dah jadi... Kita merancang Allah yang menentukan. Mungkin rezeki kami di tahun-tahun yang akan datang (tu pun kalau ada stok).

******

Aii' berbangga... KAMI para jurulatih berbangga... sebab kami melatih murid-murid yang TAK ADA pakej... cuma 2,3 orang jer yang OK dan yang selebihnya memang perlu latihan 'MENDALAM' untuk menghasilkan yang 'SEBEGINI'.

Pun boleh!
Bukan usaha yang sememeh dan bukan usaha yang sambil lewa telah kami curahkan kepada murid-murid ini... Usaha yang berbulan-bulan... Usaha bersungguh2 yang berterusan... Usaha yang berpanjangan dan tak mengenal erti putus asa yang kami cuba aplikasikan kerana kami ingin memberi mereka NILAI... NILAI di mata masyarakat yang selama ini hanya memandang dengan sebelah mata... NILAI dalam diri mereka para INSAN yang ISTIMEWA.

Kita raikan insan-insan ini... bukan sekadar bawak makan-makan... bawak jalan-jalan...bawak beraktiviti... tapi juga membawa mereka ni ke satu tahap yang lebih tinggi daripada yang sebelumnya...


Pokoknya diri kita... pokoknya diri budak-budak ni jugak... (Pokok kelapa banyak kegunaanya!)

Sama ada NAK atau TAKNAK jer... ^^

******

Akhir kata tahniah Kontinjen Nasyid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran  Negeri Selangor. Sememangnya pertandingan amat sengit... sangat tidak diduga dan dijangka... walaupun banyak perkara dan kelemahan yang ketara sepanjang pertandingan, sentiasa positif dan jadikan kekalahan ini satu semangat untuk terus cemerlang.
Tahniah juga diucapkan kepada yang berjaya... Perak, anda memang HEBAT. Begitu juga untuk kontinjen N9 dan Johor.

Semoga pertandingan akan kekal 'telus' dan 'adil'.

 ******

Peluang ke peringkat kebangsaan kali pertama ini memberi motivasi kepada kita semua. Kita kalah, kalah bermaruah!.

Hehehehehee....


 ******

CORAT-CORET ROAD TO TERENGGANU:

  1. Bas bertolak pukul 9am dan tiba di Hotel Permai pukul 4.30pm
  2. Program PPKI SKTKU telah membuat lawatan ke Kuala Terengganu untuk turut sama  mengikuti Pertandingan Nasyid.
  3. Cikgu-cikgu juruletih tidak melepaskan peluang menyantap lauk ikan patin masak poyok (tempoyak) di RnR Temerloh pada sewaktu perjalanan pergi dan pulang.
  4. Duit poket murid yang paling sedikit adalah rm3 (what the fish!!! ingat hari biasa ke nak belanja kat sekolah?). Duit poket murid yang paling banyak adalah.... adalah... rm150 ker? Ke rm200?
  5. Kontinjen kami hanya membuat rehearsal masuk dan keluar pentas sahaja pada malam pertandingan dan telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kontinjen N9 (hahaha...boleh?)
  6. Kami telah menyelamatkan seorang murid dari kontinjen Pahang dari terus sesat tanpa haluan... 
  7. Pentas dia cinonet jer... dah la cinonet pastu rendah jer... dah la rendah pastu tak stable lak tu... 
  8. Murid-murid lelaki tidur lambat pada malam pertandingan... banyak kali kena sound tapi bising jugak...Aii' ironed baju pukul 12.30am dorang tak tido lagi. Haish!
  9. Murid-murid bersiap seawal pagi yang mungkin untuk pertandingan... Makeup muka dan aksesori perlu disiapkan segera sebelum sarapan pagi.
  10. Akibat tidak menutup mulut, air liur seorang murid lelaki menitik atas baju seorang cikgu yang sedang menyiapkannya.
  11. Suara solo nasyid kami serak2 basah pagi tu... sebab TAK CUKUP TIDUR and KURANG MINUM AIR. Memang marah2 la we ols kat budak tu.
  12. Rombongan Lawatan PPKI SKTKU tiba sebelum pertandingan bermula... sempat la tengok giliran we ols no 2.
  13. Rimas dengan perangai2 sebilangan mak bapak yang folo nak tengok nasyid... Boleh tak nak masukkan 'Atok' skali? ^^
  14. Solo nasyid menangis... sebelum pertandingan
  15. Pemain conga tangan menggigil seram sejuk... mata bergenang...dok keje usap air mata sebab neves and takut.
  16. Pemain conga catat sejarah tak berak semasa berlangsungnyer persembahan.
  17. Dua kepala cikgu blocking rakaman video kitorang... sape ntah dua kepala tu (hahaha).
  18. Entrance kucar kacir... ntah apa masalah budak2 ni ^^.
  19. Senyuman budak2 ni sepanjang persembahan ala2 FAKE jer...hahahah... langsung tak pandai senyum la budak2 ni.
  20. Macam biasa la... kesalahan di sana sini.... paling frust skali from SOLO (Solo terbaek Selangor kununnnnn).
  21. We ols dah pasrah dah... gelakkan jer la diri sndiri.
  22. We ols team juruletih berjaya menonton kesemua 13 persembahan.
  23. We ols jer antara 2,3 kerat lagi orang yang tinggal dalam dewan tu semasa persembahan ke 13 berlangsung (juri tak termasuk yer).
  24. Terima kasih daun keladi kepada Mother In Law salah sorang nasyid trainer yang memang orang Kuala Terengganu kerana menghantar Nasi Kerabu First Class yang mantop kepada kami cikgu-cikgu. "Sedak sunggoh mokcik... Kaloh makanang hotel!" Mmuah!
  25. Demi untuk berjimba selepas selesai persembahan, we ols ke pasar payang and makan ikan,udang, sotong celup tepung kat restoran dekat airport. 
  26. Malamnyer hanya aii' dan sorang lagi cikgu menghadiri dinner pengumuman pemenang nasyid sebab kuota meja.. ^^
  27. Team juruletih lain telah mengorder pizza hut dan delivery dihantar sampai ke bilik! 
  28. Luluh hati tapi kaver perasaan biler takder dlm top 3 (mmg dah jangka pon).
  29. Negeri Perak menang bergaya setelah membolot SEMUA kategori... iaitu solo terbaik, lirik terbaik dan lagu terbaik. (Macam something wrong somewhere jer... kekekeke ^^)
  30. Budak2 yang memahami situasi yang sedang berlaku emosi down...sampai ada yg tak lalu makan... yang blur tak memahami situasi selera betul makan sampai ratah2 lauk.
  31. Aii' dengan sorang lagi trainer buat giler marah pekerja2 hotel pasal air minuman dah habis. "Weii, kalau dah habis pegi ler bancuh lagi. Ramai orang tak cukup air ni... ko ingat cukup ke segelas? Pemalas betol! Servis lembab" ^^ Heheh.
  32. Insiden klakar team trainer dengan ketua juri... dengan petugas statistik dan juga orang JPNS. Hehehehe... Seb bek tak melarat...
  33. Kami pasrah dengan keputusan juri (asek tak puas hati jer u ols ni... hahaha). Walau aperpon team ni tetap no 1 di hati aii'.
  34. Mula bertolak pulang pada jam 9.30am. Ada sorang trainer tu balik naik flight... datang pon dengan flight... alahai swonoknyer leh smpai umah cepat. Aperpon bas singgah lagi ke pasar payang... 
  35. Sesaper yang tak turun ke pasar payang (aii' pon termasuk), bas berhenti parking kat depan Istana Maziah and kitorang karaoke dengan budak2 (yerler tu...)
  36. Lepas tu berhenti lak beli SATA and kepok lekor. Lama betul lepak kat situ. Berjam-jam dorang ni. 
  37. Perjalanan diteruskan...tanpa henti dan tanpa berhenti makan... (what the fish! We ols menyumpah2 bagi pihak budak2 ^^).
  38. Sudahnyer belikan budak2 roti wat alas pewot.
  39. Giler aper dorang ni berhenti akhirnya makan kat RnR Temerloh. Takker giler tu? Haish... Kesian budak2 lapar betol ruper dorang masa makan. 
  40. Bantai ikan patin poyok lagi untuk kali keduanya... (Tapi sedap lagi yang kat RnR Temerloh on the way pergi).
  41. Seb bek jamm tak over sangat kat hiway... Alhamdulillah sampai JPNS kol 9.00pm. Bawak budak balik sekolah arrived at 10.00pm.
  42. Siap2 bagitau parents agar collect anak2 dorang kat skolah kol 10pm. Instead ada yang hamik kesempatan datang terlampau lambat melebihi kol 11pm. Mak bapak spesis macam ni ada jugak yang hamik kesempatan test power mintak cikgu hantarkan anak dorang balik umah...Nasib baik tak tinggalkan anak dia kat pokgad... Banyak cantek muka korang... Korang ingat cikgu2 ni sumer takder tanggungjawab lain ke?
  43. Kol 11pm lebih baru parent budak ni datang collect. Memang irresponsible tol.
  44. Instruments dan beg berisi baju pertandingan ditinggalkan dulu di JPNS dan diambil keesokan harinya berikutan kesempitan ruang kereta... ^^
Patin Masak Poyok penyeri di RnR Temerloh
Ni la solo we ols bersama guru pengiringnya
Suasana perjalanan pulang
Ketua Team Kostum yang banyak membantu

Masing2 dah tukar baju lepas perform...nak pegi jenjalan

Ni Johor...solo dia pakai banyak sangat brooches sampai menggugat keimanan juri wanita untuk bagi markah lebih... hahahaha...fitnah tu.
Ni aii' besarkan sket pic dia... saper la hamik terbalik ni... ^^. Dinner trainers yang
tak turun dinner... PIZZA HUT y'all!




Sesi berkaraoke bersama2

Dinner dan pengumuman pemenang

Brekpes terakhir sebelum berangkat pulang... Menu nasi lemak...tapi nasi lemak and sambal jer...
Timun, telur, ikan bilis goweng a.k.a aksesori sumer takder... Phuii!
Ni dia juara nasyid pendidikan khas 2014... dari Negeri Perak. Congrats!

"Psst... Takleh kasi extra marks ke bang?" ^^






 
p/s: Teringat pulak banyak anak-anak lipas dalam bilik hotel... hadoiiiiiii ~. Nak lagi best, leh la layari video kami kontinjen Selangor kat youtube http://www.youtube.com/watch?v=O8kgu2B0fAY



This post first appeared on ThiS IS MY WORLd~, please read the originial post: here

Share the post

Masam Manis Peringkat Kebangsaan (Road to Terengganu 2014)

×

Subscribe to This Is My World~

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×