Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Salah Niat Puasa Sah Atau Tidak?


Salam. Ustaz, saya nak tumpang tanya. Adik saya, baru-baru ni dia ada berpuasa ganti bagi Ramadan tahun lepas (1433 H). Tapi, dia baru tersedar yang dia tersalah Niat. Niat dia berbunyi, "Sahaja aku berpuasa pada esok hari bagi menggantikan Ramadan tahun ini tunai kerana Allah Taala", sedangkan tahun (1433 H) sudah berlalu. Jadi bagaimana dengan puasa gantinya ustaz? Sah ke tidak? Dia cuba ganti semula puasa tu, tapi tak sempat memandangkan Ramadan tinggal 2-3 hari je lagi. Jadi macam mana ye ustaz? Perlu bayar fidyah ke? Bagaimana? Mintak nasihat ustaz.. Terima kasih.. Wassalam.


Jawapan

Di sini anda perlu membezakan antara niat dan lafaz niat, ramai masyarakat di luar sana tidak dapat membezakan antara niat dan lafaz niat. Sebab itulah ada sebahagian orang ketika solat angkat takbir ihram berkali-kali sebab niatnya belum masuk. Begitu juga dengan ibadah-ibadah yang lain.

Sebelum saya bincangkan perkara ini dengan lebih lanjut, maka terlebih afdhal saya ceritakan dahulu tentang perbezaan lafaz dan niat.

Lafaz Niat

Lafaz niat secara mudah dikenali sebagai perkataan yang keluar dari mulut dan bukan dari hati. Boleh jadi dilafazkan secara kuat atau memadai di dengari sendiri. Selalunya lafaz niat ini orang akan ikut sebiji-sebiji kalimah niat yang ada di dalam kitab-kitab fiqah. Ada juga pendapat ulamak menyatakan bahawa lafaz niat adalah sunat, kerana ia adalah jalan untuk mendatangkan niat di dalam hati.

Jadi secara mudahnya, kalau kita tak sebut lafaz niat ini Sah Atau Tidak ibadah kita? Jawapannya sah ibadah kerana ia adalah sunat sahaja bukan wajib. Jadi kalau tidak sebut dan tersalah sebut itu tidak mendatangkan masalah kepada ibadah.

Niat

Imam Nawawi mengatakan bahawa niat bermaksud keinginan yang ada dalam hati. Manakala Al-Baidhawi berkata niat adalah dorongan hati untuk melakukan sesuatu sesuai dengan tujuan, baik mendatangkan manfaat atau menolak mudarat, sedangkan syariat adalah sesuatu yang membawa kepada perbuatan yang diredai Allah dan mengamalkan segala perintahNya.

Maka fahamlah kita bahawa niat itu adalah satu gerak hati dan bukan dari bibir. Dalam erti kata yang lain niat adalah tasdiq bi qalbi. niat sangat penting dan merupakan perkara yang asas dan wajib sebelum melaksanakan ibadah. Hal ini bersandarkan kepada sabda Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Peranan niat adalah amat penting dalam kehidupan manusia, kerana niat menentukan segala galanya sama ada jujur atau tidak jujurnya, sama ada ikhlas atau tidak ikhlas seseorang itu atau sebagainya, semuanya bergantung dengan niat.

Ulamak kaum muslimin meletakkan niat itu sebagai rukun pertama dalam semua ibadat. Bahkan untuk membezakan antara ibadat dengan adat hanyalah dengan niat. Jika niatnya baik, baiklah amalannya.

Sesuatu perbuatan adat jika diniatkan mengikut tuntunan dan keredaan Allah dan Rasulullah maka ia berubah menjadi ibadat dan mendapat pahala.

Semoga segala penerangan di atas ini dapat memberikan kefahaman kepada anda yang bertanya dan sekalian pembaca blog ini.

Sah Atau Tidak Niat Puasa Gantinya

Begini, sekiranya perkataan “Sahaja aku berpuasa pada esok hari bagi menggantikan Ramadan tahun ini tunai kerana Allah Taala” dikeluarkan dengan lafaz, maka itu tidak mendatangkan masalah kepada puasanya dan puasanya juga tetap sah. Tetapi apabila perkataan ini dibuat dengan hatinya, maka puasanya perlu diganti semula selepas satu Syawal dan puasanya tidak dikira ganti tahun lepas kerana niatnya tersalah iaitu “Menggantikan puasa Ramadan tahun ini”.

Secara logiknya pula, selalunya orang yang hendak menggantikan puasa, pada awalnya sudah diniatkan atau hatinya sudah berbisik untuk menggantikan puasa tahun lepas. Cuma di sini ia berlaku dalam keadaan tidak formal seperti perkataan yang kita lafazkan itu. Ada pendapat ulamak menyatakan bahawa niat atau gerak hati seperti ini sudah dikira sebagai niat dan amalan atau ibadah yang dilakukan dikira sah.

Bagi yang bertanya, sekiranya anda mengalami situasi seperti ini, maka ia sudah memadai dan puasa ganti anda tidak perlu diragukan lagi sama ada sah atau tidak.


This post first appeared on Blog Not Found, please read the originial post: here

Share the post

Salah Niat Puasa Sah Atau Tidak?

×

Subscribe to Blog Not Found

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×