Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tertidur Keluar Mani Dalam Bulan Puasa

Tags: puasa

Salam ustaz saya nak tanya adakah batal Puasa saya...saya tertidur dalam 5 hingga10 minit ketika tu saya tidak tahu sama ada saya mimpi atau berimaginasi ketika saya tersedar air mani ketika itu sedang keluar adakah batal puasa saya...mohon penjelasan dari ustaz..terima kasih...


Jawapannya

Dalam mengerjakan puasa mempunyai pelbagai pantang larang yang perlu dilalui oleh setiap individu yang berpuasa. Ada juga sebahagian umat Islam beranggapan bahawa puasa ini hanya menahan diri daripada lapar dan dahaga sahaja. Sebenarnya puasa yang disyariatkan Islam bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi ia menyeluruh dan melebihi daripada puasa-puasa yang dikerjakan oleh umat-umat agama lain.

Bagi memastikan puasa yang dikerjakan itu mendapat keberkatan dan selari dengan sunah yang diajarkan Rasulullah, maka ia hendaklah menjaga dengan baik supaya tidak terjebak dengan perkara yang boleh menyebabkan puasanya terbatal. Sebaiknya setiap Muslim perlulah mempelajari dan mendalami ilmu yang berkaitan dengan puasa ini agar setiap batas dan larangan dapat dijaga dan diawasi dengan sungguh-sungguh. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Barang siapa mengerjakan puasa bulan Ramadan sedang ia mengetahui batas-batas larangannya, dan berusaha dengan bersungguh-sungguh menjaga diri daripada melakukan sesuatu yang merosakkan puasanya, (maka dengan itu) akan diampunkan dosanya yang telah lalu” (Riwayat Baihaqi dan Ibnu Hibban)

Bagaimana hendak mengetahui pantang larang dalam puasa ini, maka seeloknya ketahuilah dahulu perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seperti :

  1. Makan dan minum dengan sengaja 
  2. Mengeluarkan air mani dengan sengaja 
  3. Haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak) 
  4. Muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja 
  5. Melakukan persetubuhan 
  6. Gila walaupun sebentar 
  7. Murtad 
  8. Berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib

Ada dua kemungkinan yang berlaku kepada si yang bertanya, pertama sedang tidur dan kedua sedang berimaginasi. Tindakan awal yang perlu anda lakukan ialah pastikan dahulu adakah ia berlaku dalam tidur atau berimaginasi. Sekiranya jawapan yang anda dapat dengan yakin mengatakan ia berlaku mimpi semasa anda sedang tidur, maka air mani yang keluar itu tidak membatalkan puasa anda, kerana ia keluar dengan tidak sengaja tanpa dirangsang oleh anda.

Namun berbeza pula apabila anda mengesahkan bahawa itu adalah imaginasi anda, puasa yang dikerjakan itu terbatal kerana mengeluarkan mani dengan sengaja. Maka anda dikehendaki mengantikan puasa itu semula selepas bulan ramadan.

Walaupun begitu, tidak mungkin berlaku imaginasi dengan sengaja, kerana waktu itu anda sedang tidur. Bagi saya masalah ini lebih cenderung kepada mengeluarkan mani dengan tidak sengaja semasa sedang tidur. Imaginasi hanya berlaku sebelum tidur. Mungkin juga disebabkan sebelum tidur itu anda berimaginasi kemudian tertidur dan terbawa di dalam mimpi sehingga keluarnya mani.

Jawapan ini sahaja yang saya mampu berikan dan anda sendiri yang berhak menentukan masalah anda ini, kerana anda yang mengalami dan lebih mengetahui daripada saya.





This post first appeared on Blog Not Found, please read the originial post: here

Share the post

Tertidur Keluar Mani Dalam Bulan Puasa

×

Subscribe to Blog Not Found

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×