Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

CARA MUDAH JAGA MUKA

Cara Jaga Muka

Wajah adalah mencerminkan diri anda. Jika wajah anda kelihatan bersih dan berseri, ianya dapat menunjukkan daya keterampilan diri anda. Ianya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik.
Tetapi bagaimanakah kita dapat menjaga muka kita? Ketiadaan masa pada masa kini menyebabkan ramai orang tidak ada masa untuk menjaga muka. Berikut adalah tips yang ringkas, mudah dan berkesan, Insya-Allah.

1. Kurangkan memakai pencuci muka

Orang kata, kena selalu pakai pencuci muka. Benarkah?
Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup.
2. Jangan campur produk kecantikan sesuka hati Cara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.

3. Serbuk teh dan madu

Campurkan serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.
Ianya untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.

4. Wap panas

Ini cara jaga muka yang agak rumit. Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga tahi ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut hingga bersih.
Masukkan daun dalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian telunkupkan kepala anda dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.
Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.
Nota: Air rebusan daun bunga tahi ayam cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali.

5. Masker bedak sejuk dan madu

Ini cara jaga muka secara semulajadi. Campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu dan buatkan seperti mask pada wajah. Lakukan selama 30 minit sebelum tidur dan bilaslah dengan air selepas itu. Ianya dapat membuatkan kulit anda sentiasa tegang dan liang roma mula mengecil.

6. Masker putih telur atau pati timun

Ini juga salah satu cara jaga muka secara semulajadi. Kisar pati timun dan buatkan seperti masker pada muka anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air. Begitu juga dengan putih telur, buatkan mask pada wajah dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air.

7. Teh hijau (Green tea)

Minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang boleh mengurangkan jerawat.

8. Minyak sayuran

Gunakan minyak sayuran sebagai pelembab wajah.

9. Senaman muka

Cara jaga muka ini boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“. Cubalah dahulu. Selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan otot muka dan bibir.

10. Kurangkan menyentuh wajah

Ini cara jaga muka yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Namun kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan.
Kalau hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman.




CARA KECUTKAN JERAWAT DENGAN CEPAT & BERKESAN TANPA GUNA AGEN PENGECUT JERAWAT YANG MENGANDUNGI BAHAN KIMIA



Ramai orang nak kulit cantik glowing tanpa jerawat tapi ramai  tak sedar  agen pengecut jerawat anda merbahaya! Pasti anda suka sangat kan bila jerawat batu anda boleh kecut dalam sehari je tapi anda tak tahu kesan sampingan untuk 2 3 bulan nanti bahkan 4 5 tahun nanti! Kenapa? Setiap yang cepat pasti ada kesan dia tau. Bagi  yang tak sabar, sila guna  tapi jangan menyesal ye nanti. Kali ini kami nak kongsikan apakah bahan kimia merbahaya tu dan apa alternatif yang selamat tetapi kurang hebat untuk orang yang tak sabar dan mudah dicari di pasaraya bahkan di dapur anda!



Semua orang akan lalui zaman zaman sedih jerawat tambahan lagi masa zaman sekolah menengah dulu kan? Masa tu hormon baru nak berubah tau. Kadang-kadang rasa malu nak masuk kelas tayang muka yang berjerawat ni. hukhukk. Tapi yang paling tak best bila tumbuh jerawat batu! arghhh rasa macam ketul-ketul batu menempek atas muka ni kan.Hilang keyakinan diri,, Sabar jelah.



Biasalah hormon budak sekolah menengah, nak nampak cantik je kan. So waktu tu anda akan cuba cari solusi. Dan waktu tu anda akan mula kenal segala jenis krim muka, pencuci muka, krim kecut jerawat dan sebagainya. Tambah-tambah lagi bila ada iklan di TV je terus anda berminat nak beli sebab terdesak sangat nak hilangkan benda alah tu. huhuu. Segala yang diiklankan di TV semua anda akan tertarik, ada yang iklankan pakai krim kecut jerawat ni 1 hari je dah kecut bahkan ada juga yang cakap 1 jam pun dah kecut! hahaha.



Anda pernah terpikir tak apa benda yang terkandung dalam produk tu sampai 1 jam pun jerawat boleh kecut? Cepat dan Hebat! hahaa. Anda nak tahu apa salah 1 bahan kimia yang ada dalam krim kecut jerawat anda? Mesti anda terkejut bila tahu rupa-rupanya ada Mercury, Hydroquinone, Plumbum, Tretinoin dalam krim anda! Bahan-bahan kimia tersebut antara yang merbahaya terutama pada kulit wajah anda yang sensitif itu. Jadi tunggu apa lagi? Cuba anda check dan baca kandungan produk yang anda gunakan sekarang.





JADI.. MACAM MANA NAK SELAMATKAN KULIT MUKA ANDA? ADA KE CARA KECUTKAN JERAWAT DENGAN CEPAT YANG BERKESAN DAN SELAMAT??



This post first appeared on Cara Kecutkan Jerawat Dan Hilangkan Kulit Kusam, please read the originial post: here

Share the post

CARA MUDAH JAGA MUKA

×

Subscribe to Cara Kecutkan Jerawat Dan Hilangkan Kulit Kusam

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×