Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Lernea Atau Anchor Worm pada ikan ketutu


Parasit ini Boleh menyusahkan jika tidak dijaga. Cacing dewasa boleh mencapai 12mm panjang dan berwarna putih kekelabuan dan melekat pada ikan dengan ekornya seperti cangkuk.Hanya ekor ini sahaja yang boleh dinampak pada mata kasar.Cacing ini perlu dirawat segera sebelum jangkitannya merebak.


Cara Pengawalan 1

Satu-satunya cara yang dikenal pasti untuk membunuh parasit ini tanpa membunuh ikan adalah dengan menggunakan Dimlin Powder.Ia boleh digunakan dengan selamat dalam apa juga suhu dan bertindak dengan cara memastikan telur-telur cacing ini tidak akan menetas selepas penggunaan Dimlin Powder ini.

Masukkan Dimlin Powder dengan kadar 1 gram per ton air kolam.Timbang kuantiti yang diperlukan dan campurkan dalam baldi plastik dengan air kolam. Pastikan serbuk itu melarut sepenuhnya kemudian masukkan ke dalam kolam.

Dos kedua mungkin diperlukan untuk memastikan seluruh kitaran hidupnya telah dihapuskan.Selepas dos kedua ini cacing dewasa yang telah mati namun masih tergantung dari ikan itu boleh dibuang dengan menggunakan penyepit tetapi haruslah dipastikan dibuang kesemua bahagian cangkuk dan ekornya.

Cara Pengawalan 2

Terdapat satu lagi cara untuk menghapuskan cacing ini namun lebih perhatian diperlukan untuk membuang kesemua bahagian cacing ini iaitu dengan mencampurkan 1 gram Potassium Permanganate ke dalam 25ml air panas.

Larutkan dan celupkan penyepit ke dalam larutan Sebelum Membuang Cacing ini.Sebaik sahaja larutan ini menyentuh badan cacing ,ia akan melepaskan pegangannya dan ia bolehlah ditarik keluar dari ikan dan air.Lap hujung penyepit dengan tisu bersih untuk membuang semua kesan sebelum membuang cacing yang seterusnya.



This post first appeared on Ikan Ketutu (Oxyeleotris Marmorata), please read the originial post: here

Share the post

Lernea Atau Anchor Worm pada ikan ketutu

×

Subscribe to Ikan Ketutu (oxyeleotris Marmorata)

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×