Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Spesifikasi Rasmi Model Apple iPhone 5C

Seperti dinantikan ramai, selain berkongsi beberapa perkara mengenai iOS 7, pihak Apple Juga turut memperkenalkan telefon pintar Versi Bajet Mereka iaitu iPhone 5C.

Seperti yang telah tersebar di internet, iPhone 5C ditawarkan dalam lima pilihan warna, iaitu hijau, putih, biru, merah dan juga kuning, selain mana ia juga diselarikan dengan gambar latar yang sama dengan warna kerangka pilihan. Ianya diperbuat daripada bahan "hard-coated polycarbonate".



Apple juga menghasilkan casing daripada "soft-feel silicon rubber" dengan lima warna yang dapat disuaikan dengan iPhone 5C mengikut kesepadanan warna yang anda gemari.

Pilih dan suaikan mengikut citarasa korang

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

iPhone 5C dilengkapi dengan skrin bersaiz 4-inci dengan paparan Retina. Ia juga turut menggunakan cip pemprosesan A6 yang direka oleh Apple, membawakan sokongan prestasi dan juga grafik baik, disamping efisyen dalam penggunaan kuasa.



▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Dari segi kamera pula, iPhone 5C dilengkapi dengan kamera 8-megapixel, disamping membawakan kamera hadapan dengan sokongan FaceTime HD.



Tidak ketinggalan juga ianya menyokong lebih banyak LTE bands daripada telefon pintar lain di dunia. Dual-band Wi-Fi, Bluetooth 4.0.

Memang puas hatilah download dengan kelajuan 100 Mbps nih
Terdapat dua versi Storan iaitu 16GB dan 32GB. Sudah tentu juga mempunyai ciri-ciri mesra alam sekitar. Dan apa yang penting ialah peranti ini bebas Android ! haha..

iPhone 5C ini ditawarkan bersama-sama telefon pintar iPhone 5S bermula 20 September ini. Namun, tarikh untuk pasaran Malaysia mungkin pada Disember ini. Kalau korang yang dah tak sabar boleh dapatkan di Singapura iaitu 20 September ni. hehe.. Namun walaupun iPhone 5C dikenali sebagai telefon Pintar Versi Bajet mereka, harganya masih agak tinggi iaitu pada harganya mungkin melebihi RM1700.

>> By Naslive Pages <<


This post first appeared on .: Naslive Pages :., please read the originial post: here

Share the post

Spesifikasi Rasmi Model Apple iPhone 5C

×

Subscribe to .: Naslive Pages :.

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×