Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

PETA NAVIGASI PERCUMA

Nokia memberikan satu lagi kejutan kepada kita melalui Ovi Maps. Dengan menggunakan Telefon Pintar (SmartPhone) Symbian, Peta Navigasi untuk penjalan kaki dan pemandu kereta boleh dimuat turun (Download) melalui http://www.nokia.com.maps.

Klik gambar diatas untuk besarkan imej

Ciri-ciri menarik yang turut dimuatkan adalah seperti :-

1-Panduan jalan bersuara secara bergilir untuk 74 negara.

2-46 Bahasa.

3-Maklumat lengkap jalan untuk lebih 10 Negara.

4-Peta jalan yang terperinci melebihi 180 negara.

Perkara penting yang mengujakan kami adalah, setiap Peta pada Ovi Maps adalah percuma. Maknanya, anda tidak perlu membeli satu-satu peta untuk setiap negara. Tidakkah anda merasa rugi untuk membeli peta navigasi secara online atau di mana-mana kedai apek, disebabkan anda akan melancong di negara asing untuk 3 atau 4 hari? Kan lebih afdal sekiranya kita boleh memperolehi peta navigasi secara percuma,… Barulah terasa berbaloi memiliki telefon pintar yang mahal.

Walaupun ada diantara kita yang berkata “nak buat apa peta navigasi? aku tahu semua jalan di KL ni.” Bagaimana jika anda ditugaskan ke tempat yang asing bagi anda? Ini baru dalam malaysia. Saya tak cerita pun Indonesia atau mana-mana negara lain. Poning den dibuatnya. Kebijaksanaan dalam berkerja, adalah senjata utama untuk memperolehi kejayaan anda pada zaman ini.

Menurut Firma Kajian Canalys, jumlah orang yang menggunakan Navigasi GPS di serata dunia telah mencecah 27 juta pada penghujung tahun 2009. Berdasarkan Maklumat Canalys juga, lebih 163 juta unit telefon pintar telah dipasang sistem Navigasi GPS.

Ala….. aku melancong bukannya naik kereta sendiri. Paling tak pun aku naik bas pelancongan atau naik teksi. Selalunya aku jalan kaki, untuk melihat tempat2 menarik. Jadi nak buat apa install Ovi Maps?. Saudara pembaca,… Ovi Maps menyediakan peta navigasi untuk penjalan kaki. Dengan erti kata lain, anda boleh menuju kemana-mana lokasi idaman anda tanpa bantuan mana-mana agensi pelancongan. Bukankah ini boleh menjimatkan kos perjalanan anda ketika melancong?

Kini Ovi Maps boleh dimuat turun (Download) secara percuma di http://www.nokia.com/maps. Versi baru Ovi Maps memerlukan Firmware terbaru bagi membolehkan proses kemaskini dilakukan. Bagi mereka yang memiliki Nokia N97 mini, ini adalah aplikasi yang wajib untuk telefon pintar anda.

ps..Jangan lupa, aplikasi ini adalah percuma




This post first appeared on FATZ 22 | GAJET BERKOMPUTER MALAYSIA, please read the originial post: here

Share the post

PETA NAVIGASI PERCUMA

×

Subscribe to Fatz 22 | Gajet Berkomputer Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×