Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Buat duit segera Involve Asia, pilihan blogger bijak

Sertai program affiliate di Involve Asia hari ini dan segera buat duit mempromosikan jenama kegemaran.

Involve Asia adalah salah satu rangkaian affiliate yang terbesar dan dipercayai di rantau ini, ianya pilihan bijak blogger dan pemilik laman yang ingin buat duit serta merta. Pendaftaran untuk beriklan juga tersedia.

Program affiliatenya mudah sahaja. Setelah mendaftar, pautan dan kod unik akan diberikan untuk dipromosikannya pada rakan rakan, keluarga, pelanggan maupun pengikut pengikut sosial. Apabila kenalan mengguna pautan yang diberikan dan jika mereka klik untuk membeli produk dari mana mana jenama tersenarai maka anda dan mereka (jika daftar dan buat sama) akan mendapat bayaran rujukan dengan serta merta didalam akaun Involve Asia.

Tambah lagi apabila mereka membuat pembelian melalui laman , anda Boleh mendapat sehingga 10% dalam yuran rujukan.

Sertai Hari Ini


Kerana pendaftarannya percuma! Bukan lama pun,  cuma mengambil masa 2 minit dan anda akan terus mendapat akses kepada semua peralatan yang diperlukan untuk berjaya dalam membuat duit secara online.

Blogger Bijak

Secara semulajadinya blogger akan mencari dan mengumpulkan maklumat yang boleh memberi peluang tingkatkan Pendapatan, serta memberi ganjaran untuk masa dan usaha mereka dan pada kebiasaannya Google AdSense adalah pilihan popular untuk itu.

Malangnya,

Sumber pendapatan dengan Adsense sering mengecewakan bagi kebanyakan blogger, bukan semua ye tetapi "kebanyakkan" dan secara am nya blogger akan hanya menampakkan pendapatan kurang dari RM400 sebulan dari pengiklanan Adsense OMG! Jadi untuk membuat blogging sebagai "full time" income sebenarnya tidaklah sesenang yang diwar warkan. Maaf tapi masaalah ini boleh diatasi, baca seterusnya...  

Kiraan purata RPM (hasil per seribu klik iklan) agak rendah di kebanyakan niche sekarang ni, jadi melainkan anda punyai jumlah penonton yang besar, peluang untuk mendapat pendapatan sampingan yang banyak dari Adsense tak lah memberangsangkan. Dengan Involve Asia blogger berpeluang untuk membuat RM 400 dalam masa 10 hari. Pendaftaran di Involve Asia percuma, cubalah ye mana tahu mungkin pendaftaran anda nanti diterima dan ianya boleh membantu tingkatkan pendapatan.



RPM 

Nak sentuh sikit pengiraan RPM ok? Baik jika anda biasa dengan Adsense anda pasti tahu inilah metric terbesar pengiraan pendapatan di sesuatu laman web / blog. Di forum blogger ramai juga yang menanyakan cara pengiraan pendapatan blog dengan Adsense.

Elemen pendapatan sesuatu blog banyak sebenarnya dan berbeza antara blog dan niche. Selalu sangat saya baca di forum persoalan bagaimana nak jana RM400 sehari (ye sehari bukan sebulan) dengan adsense.. Hmm yes dan jawapan senang saya ialah trafik. Anda mesti tingkatkan trafik.

Pengiraan RPM susah nak ditetapkan kerana pendapatanya berubah setiap masa, cara pengiraannya boleh baca di dari laman Google, disitu kami pelajari bahawa RPM adalah singkatan untuk Pendapatan per seribu Impression RPM.

Hasil per 1000 impression (RPM) mewakili anggaran pendapatan yang akan anda peroleh untuk setiap 1000 impression yang sesuatu laman/blog terima. RPM tidak mewakili berapa banyak yang telah anda hasilkan; Sebaliknya, ia dikira dengan membahagikan anggaran pendapatan anda dengan bilangan paparan halaman, impression, atau pertanyaan yang anda terima, kemudian didarabkan sebanyak 1000.

Formula:
RPM = (Anggaran pendapatan / Bilangan paparan halaman) * 1000

Contohnya:

Sekiranya anda memperoleh kira-kira $ 0.15 daripada 25 page views maka RPM laman dikira ($ 0.15 / 25) * 1000, atau $ 6.00.
Sekiranya anda memperoleh anggaran $ 180 dari 45,000 impression iklan, RPM iklan dikira ($ 180 / 45,000) * 1000, atau $ 4.00.

Nombor RPM digunakan banyak oleh pengiklan professional, untuk anda pula (sipemilik perniagaan ataupun blogger) nombor ini boleh bantu anda buat perbandingan pendapatan dari saluran yang berbeza.

Realiti nya pengiraan pendapatan laman dibuat secara anggaran. Saya suka terangkan begini pada pelanggan saya. RPM di Adsense antara $2 ringgit ke $40 ringgit penentuan ini banyak faktornya dan demografik penonton juga memainkan peranan. Di Malaysia purata RPM $12 ringgit per satu ribu pengunjung boleh digunakan (contoh) maksudnya anda memerlukan seribu pelawat sehari ke laman untuk membayar latte anda tu!  (Tapi kalau anda selalu pulak ke Starbucks, jadi kena lebihkan lagi la pelawat tu)  Ok tak penjelasan? Kalau nak maklumat lanjut emel je saya disini, saya akan cuba terangkan dengan lebih mendalam.

1000 (pelawat laman/pengunjung sahih)   $12.00 
10000 (pelawat laman / pengunjung sahih)$120.00
Jadi untuk mendapat RM 400 sehari anda memerlukan 33,333 pelawat/pengunjung yang sahih sehari, of course contoh ni bukan standard untuk semua blog dan niche tetapi secara puratanya kiraannya begitulah.
Untuk makluman
RPM Chitika dari $0 - $8 ringgit
RPM Propellarads $0 - $20 ringgit

Tersentak ke?

Ya sebab itu ramai blogger akan menerokai pilihan yang ada pada mereka, jika ianya didalami seseorang blogger akan dapati bahawa dunia pemasaran afilliate juga  boleh menguntungkan.

Affiliate Associate

Idea nya mudah...

Kononnya saya pengeluar produk

Pulak tu saya memerlukan bantuan anda untuk menjual seberapa banyak yang mungkin produk saya tu. Untuk usaha anda mempromosikan produk saya melalui blog anda dan setelah sesuatu jualan dibuat (terima kasih banyak hendaknya)

saya..

pemilik / pengeluar produk akan memberikan sebahagian hasil daripada jualan itu kepada anda

Ok actually nya peratusan ini berbeza-beza tetapi boleh setinggi 50%! Ini biasa untuk produk produk digital lah.

Involve Asia boleh jejaki transaksi kami menerusi cookie pautan dan system imbasan mereka.

Jika anda belum membaca blog post saya yang terdahulu mengenai peluang membuat duit secara affiliate saya alu alukan, silalah ... mana tahu mungkin ia boleh memberi pencerahan lebih istillah affiliate ni.

Sebagai blogger / affiliate / reviewer anda boleh mempromosikan segala galanya untuk membuat duit. Jika anda tiada 'suara hati' promosikanlah saja semua jenis sampah yang berada dipasaran. No one is stopping you. Saya pula berlainan pendapat dan merasaka ia tidak wajar untuk membuat duit dengan mengesyorkan sesuatu yang saya sendiri tidak mungkin guna ataupun memberi apa apa manfaat.

Ternyata bukan semua yang berjuang online berfikiran sebegini, sebab itulah kadang kadang pemasar affiliate ni mempunyai reputasi yang agak buruk,

sungguhpun

tiada salahnya menerima duit menyediakan perkhidmatan pemasaran. Ya hakikatnya kerja seseorang affiliate adalah menyediakan perkhidmatan pemasaran melalui rangkaian sosial mereka pada pemilik pemilik produk itu je. (Kualiti seseorang affiliate tu pula topik berlainan)



Involve Asia

Sebaik sahaja anda mendaftar di Involve Asia dan berikan butiran mengenai cara pembayaran yang anda inginkan anda boleh mengeluarkan upah itu sebaik sahaja anda mencapai atau melebihi had yang telah ditetapkan iaitu USD 20. Kelewatan pembayaran belum lagi didengar di Involve Asia, tetapi mereka mengambil serius isu sekuriti dan pemantauan kesahihan transaksi. Sistem mereka akan membolehkan pengesahan asli atau tidak sesuatu ad klik itu. 

Jika anda punyai trafik laman yang constant dan selalu memindahkan jualan maka nanti ia seakan menerima upah bulanan tetap dari mereka. Involve Asia melakukan pembayaran selepas pemantauan 30 hari tetapi pemindahan duit pula dilakukan setiap minggu (site withold nya USD 20) melalui Paypal ataupun pemindahan bank. 

Kadang kadang tu sesetengah program afiliate menyulitkan pendaftaran, ataupun proses lulusan agak lama ada pula syarat-syarat tertentu untuk dipenuhi sebelum mengeluarkan pembayaran (contohnya, ClickBank yang memerlukan pembelian dari lima kad kredit yang berbeza sebelum melepaskan dana) kan masaalah tu.

Cer baca sendiri kat sini >> Clickbank may never pay your commission

Baiklah

Penutup post kali ini saya akhiri dengan 5 manfaat blogger mendaftar segera dan bekerjasama dengan Involve Asia





Bahan Promosi Disediakan
Produknya Berkualiti dan dari Jenama terkenal
Boleh Mula Segera (jika lulus)
Site Withold Rendah cuma USD 20

Apa lagi? 

Jangan tunggu sayang! saya alu alukan pendaftaran anda disini, cubalah nasib di Involve Asia...oh tadi ada saya katakan anda berpeluang membuat RM 400 dalam masa 10 hari bukan? 

Baik

Involve Asia membayar anggaran sebanyak RM 4.50 bagi setiap rujukan pendaftaran*. Jadi jika anda merujuk 10 pendaftaran setiap hari untuk sepuluh hari maka anda berpeluang membuat RM 450 dalam masa 10 hari. Daftar dulu supaya anda nanti boleh promosikannya pada pengikut pengikut laman sosial anda.   

*Harap Maklum Komisen rujukan lain dari rujukan pendaftaran. Rujukan pendaftaran tertakluk pada syarat dan terma tetapi jika anda berminat untuk mencuba peluang dan ingin maklumat lanjut tentangnya tinggalkan saja pesanan di tab biru di bawah skrin anda.



Terimakasih kerana sudi membaca.


This post first appeared on Inbound Marketing Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Buat duit segera Involve Asia, pilihan blogger bijak

×

Subscribe to Inbound Marketing Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×