Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cara terkini membuat duit, 2018 and beyond..

Cara membuat duit online 2018

Kitakan dah masuk suku terakhir tahu 2017, sudahkah anda membuat persedian untuk tahun 2018? Tahukah anda cara terkini untuk membuat duit secara online?

Sebelum menerokai peluang yang ada anda harus memahami beberapa perkara terlebih dahulu. Fahami bahawa dipersada 'online' sesiapa pun punyai peluang yang sama untuk Membuat Duit. Internet tidak memperdulikan latar belakang pelajaran , tahap skill 'komputer' ataupun pengalaman kerja! Apa yang anda perlukan adalah sifat ingin tahu dan juga minat untuk mempelajari cara membuat duit untuk tahun 2018. Ingat, skill berkomputer, latar belakang pelajaran dan juga pengalaman kerja bukan faktor utama sukses membuat duit online. 

Jadi sekiranya anda punyai determination, anda sudah pun berada di tahap 90% dalam perjalanan untuk membuat duit untuk tahun 2018.


Truth Be Told

Hakikatnya wahai teman seperjuangan, bila anda mula melakukan kerja online, memang cukup sukar untuk menjumpai selok beloknya...yang akan mendatangkan keuntungan oh yes! jangan pula sangka tidak boleh buat duit. Memang boleh membuat duit... tetapi sedikitlah1! (Pada mulanya) anda akan banyak membuang masa mencari cara terbaik dan anda mungkin juga akan sampai ke tahap meragui diri sendiri, dan mula mempersoalkan keberkesanan 'idea' membuat duit secara online. Selalu saya katakan didalam catatan blog saya bahawa permulaan itu lah, is the hardest. Ini kebiasan apabila memulakan mana mana perniagaan sendiri...baik online ataupun secara konvensional.

Saya berpendapat sebab utama mengapa ramai tidak boleh dan tidak akan membuat duit secara online adalah kerana mereka berhenti mencuba atau berhenti awal..yes itu je la yang membezakan kejayaan maupun kegagalan seseorang untuk membuat duit secara online. Jangan berhenti, jangan berputus asa dan jangan hiraukan pandangan orang terhadap anda, kerana kejayaan anda akan datang with your perserverance. 

 


Bagaimana cara caranya?

Baik, dengan sedikit penyelidikan tentang cara terbaik membuat duit. saya berpendapat anda boleh terus menceburi 5 cara cara berikut yang kini sememangnya membuat duit dan yang akan berterusan membuat duit untuk tahun 2018 dan tahun tahun yang akan datang. Ianya antara yang termudah untuk memulakan dan paling sesuai bagi mereka mereka yang tiada pengalaman menjana duit secara online, kekurangan masa dan juga modal. Cubalah 15 cadangan saya yang mungkin boleh membantu.

1. Instagram, Youtube, Facebook - Pilihlah platform
Peluang anda di Instagram cukup besar , idola Pemasar Online saya Neil Patel menerangkan secara terperinci cara cara terbaik anda boleh memulakannya. Baca artikel beliau disini. Pemasaran Youtube dijangka akan meningkat pada tahun 2018, dan dianggarkan akan meliputi 80% trafik dilaman. Facebook Ads dapatkan maklumat lanjut disini untuk mengetahui cara melakukannya dengan keuntungan.

2. Aplikasi Mobile
Bukan susah pun, sesetengah aplikasi mobile membayar anda untuk mengguna atau memuat turun aplikasi. Dapatkan cadangan aplikasi saya disini, ada antaranya yang membayar anda USD5 bila mendaftar. 

3. Amazon Affiliate Marketing, adalah antara platform terbaik untuk memulakan career anda sebagai pemasar affiliate. Walaupun Amazon telah memberhentikan program 'Refer and Earn' anda masih boleh mendaftar untuk menjadi affiiate mereka, percuma pun pendaftaran onlinenya. Baca seterusnya disini 

4. Penulis Freelance
Anda boleh menulis artikel artikel mudah, ataupun menawarkan consultancy kerana 'freelancing' tidak terikat pada masa tertentu dan anda boleh membuat duat secara online.

5. Fotografi
Anda boleh menawarkan servis fotografi. Penggunaan 'drone' akan meningkat pada tahun 2018 tetapi demand untuk gambar gambar sememangnya tidak akan kemana mana.

Untuk mendapatkan cara cara membuat duit dengan Fiverr, Quora, Lazada, Udemy, Dropship, Shopify, Carousell, Jual/Beli Laman Web dan Upwork. Emelkan minat anda disini, ataupun langgan sahaja surat berita (mingguan) saya.


Mengapa anda harus memberi perhatian pada cara cara untuk membuat duit untuk tahun 2018?

Saya berpendapat dengan adanya automasi dan 'outsourcing' pekerjaan akan menjadi terhad. Dengan ekonomi negara / sedunia masa kini stabiliti sesuatu pekerjaan itu pasti akan tergugat sungguhpun anda pekerja berkemahiran tinggi. Tahukah anda 'demand' peluang membuat duat online berada ditahap tertinggi. Jadi jika anda mulakan sekarang 2018 boleh mendatangkan keuntungan yang berganda ganda. Saya percaya setelah anda mempelajari cara membuat duit online anda tidak akan memandang belakang lagi! 

Adakah anda punyai cadangan yang lain untuk menambah ke senarai membuat duit 2018 saya? Cuba kongsikan dibawah untuk manfaat semua yang membaca.  
   


This post first appeared on Inbound Marketing Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Cara terkini membuat duit, 2018 and beyond..

×

Subscribe to Inbound Marketing Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×