Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Makan Seafood Di Restoran Tasik Idaman Medan Ikan Bakar Dengkil


"Seafood Terapung"

Bukan kali pertama penulis Makan makanan berasaskan makanan laut (seafood) dalam keadaan terapung.


Medan Ikan Bakar Terapung Tasik Idaman Dengkil
Bukan bermaksud terapung dari segi kata yang sebenar, namun, dalam keadaan 'metafora'.


Terdahulu, Kedai Ikan Bakar Fort Supai di Kuala Linggi yang didirikan sebagaimana pembinaan pelantar yang terletak di atas laut.

Boleh dikira terapung juga.

Restoran Terapung Di Atas Air


Tenang Di Tasik
Kali ini, juga terapung. Memang pengalaman terapung yang sebenar berbanding sebelum ini. Memang berayun-ayun sebagaimana menaiki perahu yang sedang mengikut arus air dibawahnya.


Jejantas Menuju Medan Terapung
Jika di Fort Supai, kedainya diteguhkan dengan pelantar konkrit, tapi disini hanya tong dram dan pelantar papan menjadi perantara anda dan air tasik.


Terapung Di Air
Boleh dikatakan makan di atas perahu besar, yang tidak bergerak.

Apakah Nama Kedai Makan Ini ?

Di Restoran Medan Ikan Bakar Tasik Idaman.

Pengalaman makan sembil berayun mungkin akan dirasai oleh pengunjung di restoran ini.

Terdapat dua kawasan untuk pengunjung duduk dan makan, namun, untuk merasai pengalaman terapung, pilihlah untuk makan di kawasan terapung ini, untuk mereka yang tidak gayat terhuyung hayang.

Makanan yang Istimewa Di Sini ?


Menu Hidangan
Semestinya adalah hidangan pilihan bertemakan makanan laut yang terpilih.
Ikan, sotong, udang, ketam dan beberapa jenis haiwan bercengkerang ada disediakan.


Hidangan Seafood Tasik Idaman
Penulis memang sudah memasang niat untuk menjadikan hidangan utama adalah ikan.
Terdapat pelbagai jenis ikan yang disediakan seperti siakap, kerapu, jenahak, cencaru, talapia dan ada beberapa jenis lagi.

Cencaru Masak Tiga Rasa


Ikan Cencaru Masak Tiga Rasa
Jika datang beramai-ramai mungkin siakap atau kerapu bersaiz sederhana sesuai untuk di pilih.

Namun, kerana berdua sahaja ikan cencaru pun sudah mencukupi. Ikan cencaru masak tiga rasa.


Ikan Siakap Masak Taucu
Rindu rasa ikan siakap boleh minta ikan siakap stim atau masak taucu.

Menu Seafood yang Lain

Selain ikan-ikan yang boleh dimasak tiga rasa, taucu atau lain-lain citarasa. 
Isteri penulis lebih tertarik kepada cara masakan sotong celup tepungnya yang agak berlainan kata isteri penulis.


Sotong Celup Tepung
Potongan sotong yang masih melekat elok dengan salutan tepungnya. kebiasaannya, jarang boleh bertemu sotong celup tepung yang digoreng masih melekat dengan tepung.

Jadi, tiga ekor sotong berjaya dimasukkan ke dalam menu.


Ketam Sambal
Ketam jangan dilupakan. Dengan masakan berlada (sambal) boleh mengecurkan liur dengan baunya.
Suasana Sekitar Restoran

Terletak jauh sedikit dari jalan utama. Dengan berlatarbekalangkan hutan dan semak samun.
Restoran Terapung Atas Tasik

Namun, cukup indah, indah jika dilihat waktu siang. Malamnya, hanya kelihatan lampu warna-warni di kawasan restoran.

Jika bulan penuh, refleksi dari air memang lagi menarik.

Ulasan Penulis

Rasa Makanan

Dari segi rasa makanan yang dimasak, tidak banyak yang berbeza dengan restoran seafood yang lain. Ada juga kelainan dari segi rasa. Mungkin cara masakan juga berbeza.

Cencaru tiga rasa cukup rasa tiga elemen yang ada. Kuahnya sedap. Penampakan nenas yang dipotong dadu memang menggambarkan terdapat rasa masam pada hidangam.

Gorengan ikan cencaru agak kering, namun, mujurlah ikan cencaru ini memiliki jaket yang tebal, menghalang dari isinya juga kering. Terlalu garing boleh menyebabkan rasa ikan terus hilang.


Ketam Goreng Berlada
Penulis dan isteri lebih sukakan makanan yang pedas. Namun, agak kecewa sedikit sebenarnya ketam sambal lebih kepada rasa masam yang ada.

Tidak pasti memang 'originality' masakan adalah berasaskan masam atau bahan makanan sudah masam. Kurang 'kick' sebenarnya.


Sotong Celup Tepung Istimewa
Sotong celup tepung boleh dipuji, seperti diberitahu terdahulu. Keakraban tepung dan isi sotong memang 'kamceng' walaupun telah digoreng lama.

(Markah: 3.5/5.0)

Harga

Kebanyakan saiz ikan yang disediakan kurang sesuai untuk yang datang tiga orang dan ke bawah.


Ikan Siakap
Sebab itulah dari segi harga agak tidaklah begitu murah jika ingin mencuba hidangan seafood.


Kerang dan Pepahat
(Markah: 2/5)

Layanan Pelanggan

Cara staf mendapatkan pesanan kesopanan dan kesusilaan ada.

Masih baik, tanpa sebarang masalah.'Cashier' juga tidak begitu berkira, setakat kurang 60 sen, mereka akan beri halal sahaja.

Untuk menukar tempat duduk, tiada sebarang kesukaraan ditemui walaupun kami sudah berada di meja lain.

(Markah: 3.5/5.0)

Suasana Persekitaran

Bagi yang mudah pening dan trauma dengan mabuk laut disarankan untuk tidak menggunakan 'tempat makan terapung', jika ada kanak-kanak yang hyperactive yang berlari-lari mungkin meloyakan anda yang tidak mampu menahan ayunan pelatar.


Ruang Makan Darat
Dengan lampu warna-warni yang diletakkan disetiap penjuru sebagaimana kebanyakan cerita pengarah Rashid Sibir, melalui pandangan peribadi, suasana sekitar (malam) seumpama kem bina diri yang pernah penulis sertai.


Pelantar
Antara jam 5 hingga 6 petang masih lagi kelihatan suasana sekitar tasik, waktu malam sukar untuk melihat permandangan melainkan anda memiliki gajet telefon yang 'friendly' suasana 'low light'.


Pentas dan Karaoke
Terdapat satu struktur bangunan mungkin juga terdapat dj untuk menghiburkan anda dan boleh berkaraoke.

Dengan hiburan ini mungkin suasana lebih meriah. Dikhabarkan restoran ini selain menawarkan jackpot memancing, pertandingan nyanyian turut diadakan.

(Markah: 3.0/5.0)

Kemudahan 

Terdapat surau, bilik air dan parkir yang cukup besar juga. Karaoke juga boleh didapati disini.

(Markah: 4.0/5.0)

Secara keseluruhan penulis berikan : 3.5/5.0

Untuk preview ringkas dalam versi video klik video di bawah:



Informasi Pengunjung

Lokasi Restoran

Kepada yang pernah memancing di Sungai Dengkil atau mereka yang selalu ke arah selatan mencari jalan 'shortcut' kawasan ini senang untuk digambarkan.

Terletak di kawasan lombong tinggal dengan bersebelahan dengan kolam pancing lebih menyenangkan pencarian.

Restoran Medan Ikan Bakar Tasik Idaman,
44A, Batu 26, 
Jalan Idaman 84/89, 
Jalan Jenderam, 
43800, Dengkil, 
Selangor



Harga Makanan

Bergantung kepada harga seafood pasaran, contohnya:


Harga Seafood
Ikan Siakap - RM6.00/100g
Ikan Kerapu - RM7.00/100g


Ikan Ikan Seafood
Sotong - RM6.00/100g
Ketam - RM7.00/100g


Sotong
Waktu Operasi Restoran

Dibuka bermula jam 5 petang sehingga lewat malam.

Anda fikir anda tahu Makan Seafood Di Restoran Tasik Idaman Medan Ikan Bakar  Dengkil ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Makan Seafood Di Restoran Tasik Idaman Medan Ikan Bakar Dengkil

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×