Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Formula One Di Sepang International Circuit Malaysia Berakhir 2017. Apakah Nasib MotoGP Nanti ?


"Noktah"

Sebelum ini World Superbike Championship, WSBK. Begitulah kesudahan drama Penganjuran Formula One (F1) di Malaysia. Kejohanan F1 di Malaysia yang bermula sekitar 1999 di Sepang International Circuit ini akan menjadikan edisi 2017 sebagai perakhiran penganjuran sukan lumba kereta terbesar dunia ini. 

Setelah 19 tahun bersama-sama Formula 1, maka tiada lagi deruman enjin dari pasukan mclaren, renault mahupun ferrari dapat kedengaran dalam kesunyian ladang kelapa sawit sekitar SIC.



Kesepakatan untuk tidak menganjurkan acara tahunan ini telah diambil dengan ura-ura mengatakan Malaysia sudah gagal untuk meneruskan kejohanan dunia ini kerana kekangan ekonomi. 

Namun, peminat formula one masih boleh lagi menghilangkan kerinduan terhadap deruman enjin  2.4-litre V8 engines to 1.6 litre V6 turbo ini dengan menjadikan Grand Prix Singapura sebagai alternatif lain selepas Oktober 2017.



“It’s always sad to say goodbye to a member of the Formula 1 family,”. “Over nearly two decades, the Malaysian Formula 1 fans have proven themselves to be some of the sport’s most passionate supporters.

“As we said in Melbourne, we have big plans for bringing our global fan base closer to the sport than ever before, providing an enhanced digital experience and creating new events. We’re looking forward to talking more about these plans as the season progresses.

“We will have 21 exciting events to look forward to in the 2018 calendar, with the additions of the French and German races. I’d like to take this opportunity to thank the Sepang International Circuit for their hospitality and professionalism over the years, and their ongoing commitment to motorsport.”
Sean Bratches, Managing Director, Commercial Operations, Formula 1


Pulangan dari penganjuran F1 mungkin menjadi punca untuk F1 bertapak lebih lama di SIC, Malaysia. WSBK juga ditamatkan penganjuran kerana pulangan yang sedikit. MotoGP di Sepang masih lagi bertahan kerana peminat motoGP sekitar asia tenggara masih menumpukan kejohanan itu di satu-satunya venue asia tenggara, SIC Malaysia.

Kemelut ini juga boleh berlaku kepada penganjuran MotoGP jika penganjuran motoGP Malaysia mendapat saingan jika litar Buriram di Thailand dan litar Sentul di Indonesia menjadi penganjur untuk motoGP.

Pernah juga khabar angin mengatakan bahawa SIC sudah tidak mahu menganjurkan kejohanan motoGP. 

Artikel: MotoGP Sepang Malaysia Berakhir

Bagi masa ini Malaysia masih lagi menjadi hub untuk penganjuran MotoGP rantau asia tenggara, jika nasibnya menyerupai keadaan formula one yang perlu bersaing dengan litar di singapura dan litar shanghai China mungkin penganjuran motoGP juga terkesan apalagi dengan kemelesetan harga ringgit malaysia.

Persaingan dan 'kepadatan' venue di rantau asia menjadi salah satu penyebab noktah penganjuran formula one di Malaysia berakhir pada Oktober 2017.  

Berakhirnya penganjuran formula one di Malaysia bukanlah pengakhiran kepada sukan lumba kereta di Malaysia. Pelbagai acara perlumbaan yang dianjurkan oleh SIC.

Anda fikir anda tahu 2017 Tahun Terakhir Formula One Di Sepang International Circuit Malaysia. Apakah Nasib MotoGP Nanti ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Formula One Di Sepang International Circuit Malaysia Berakhir 2017. Apakah Nasib MotoGP Nanti ?

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×