Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Petir Keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia


"Petir"

Malaysia merupakan kawasan tropika yang menerima hawa panas dan lembap sepanjang tahun. Berbanding negara-negara yang berada pada kedudukan lebih jauh dari garisan khatulistiwa, petir jarang berlaku.

Petir biasa datangnya dari geseran partikel yang berlaku di dalam awan. Bagi mencapai keseimbangan cas bumi dan cas di atmofera, petir terhasil. Petir atau lightning bolt mampu menghasilkan sejuta sehingga billion volt.

Awan kumulonimbus antara 'pengeluar' petir yang popular. Jika terdapat tanda-tanda mendung dan kehadiran awan yang meninggi tinggi, cepat-cepatlah berlindung. Dalam subjek metereologi ada berpesan, high humidity and high temperature is the ideal recipe for thunderstorm.



Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman sosial facebooknya mengeluarkan beberapa langkah pencegahan yang mampu mengorbankan nyawa jika terkena panahan petir.



1. Tidak Melakukan aktiviti luar
2. Petir mampu menyambar dalam radius 15km, jauhi kawasan berhampiran jarak ini.
3. Elakkan dari berteduh dibawah pokok, pondok, gerai makan, bangsal atau tempat teduhan yang berskala kecil.
4. Jika diluar, bergeas memasuki rumah atau bangunan
5. Elakkan berada ditempat tinggi atau lapang, kerana proses nyahcas akan mencari objek yang paling dekat dengannya.
6. Semua peralatan elektrik dalam keadaan terpadam suisnya.
7. Elakkan menyentuh barangan objek berunsur besi (metalik) dan kabel elektrik.
8. Elakkan penggunaan televisyen, komputer dan telefon bimbit ketika petir sedang aktif.
9. Elakkan berada di porch, balkoni, beranda, tingkap, pintu, tiang dan bersandar pada dinding.
10. Pastikan petir benar-benar reda jika anda mahu melakukan perkara yang membabitkan langkah keselamatan di atas.

Rentetan dari insiden kematian sepasang warga emas yang sedang melakukan aktiviti kecergasan dan malangnya disambar petir. Mencegah lebih baik dari mengubati.

Anda fikir anda tahu Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Petir Keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Petir Keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×