Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Day 28/100

Alhamdulillah, saya dah semakin sihat Hari ini. Jadi, saya dapat bekerja seperti biasa di sekolah tanpa sebarang masalah. Minggu ini merupakan minggu peperiksaan di sekolah saya bermula esok. Hari Khamis ini adalah hari terakhir bagi pertengahan penggal pertama persekolahan. Sekolah akan bercuti selama seminggu, dan saya akan pulang ke kampung selepas sesi persekolahan pada hari Khamis. Saya masih lagi memikirkan bagaimana caranya saya hendak mengemaskini infomalaya kerana saya tidak mempunyai capaian internet yang baik selain dari telefon bimbit saya. Tapi saya akan cuba juga, InsyaAllah.

Baru sebentar tadi juga saya selesai menjelaskan yuran tahunan web hosting infomalaya. Tak mahal sangat, RM111.30 termasuk GST untuk setahun. Mujur saya dah ambil keputusan untuk kecilkan saiz pakej yang saya langgan sebelum ini, jadi murahlah sedikit jumlah yang saya bayar kali ini.

Saya dah mula rasa bosan, dan ada sedikit rasa nak putus asa untuk teruskan cabaran 100 hari saya. Mungkin saya kena baca balik satu persatu apa yang saya dah tulis. Mungkin, saya boleh jadi bersemangat balik. Mungkin.



This post first appeared on Infomalaya, please read the originial post: here

Share the post

Day 28/100

×

Subscribe to Infomalaya

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×