Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bersyukurlah dengan pemberian Tuhan

Hari ini saya nak cerita pasal kehidupan kita sehari-hari. Satu persoalan dari saya mengapa kita harus bersedih? Tak de gunanya kita bersedih sebab Apa Yang Berlaku semuanya adalah kehendak Allah. Semuanya telah ditentukan olehNya. Nak tak nak kita terpaksa terima sama ada ianya baik atau pun tak baik. Kita kena redha atas apa yang berlaku pada kita.

Seharusnya kita bersyukur pada Tuhan yang menjadikan kita. Sebab kesedihan yang kita alami tidak berpanjangan dan tidak mendatangkan kemudaratan yang sangat ketara keatas diri kita. Semua orang tak mahu rasa sedih, disebabkan sifat itu telah ada dalam diri kita, terpaksalah kita melaluinya juga.

Kalau kita rasa sedih dengan ujian dari Allah, fikirkanlah ada manusia lain yang menghadapi ujian lebih besar dan teruk dari Allah Yang Esa. Mungkin ujian yang kita hadapi ini adalah atas kesalahan kita sendiri. Tapi Bersyukurlah kerana kita masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dan masih lagi bernafas. Apa yang berlaku pada kita semuanya adalah ketentuanNya. Dia saja yang tahu apa yang baik dan apa yang buruk tentang kita. Bersyukurlah sebab ujian yang diberi mungkin untuk menyedarkan kita agar kita tidak tersasar lebih jauh. Terima kasih Allah. Kami sentiasa bersyukur atas apa yang Kau beri.

Semoga hidup kita semua sentiasa di rahmati Allah….Amin




This post first appeared on Tip Motivasi & Info Niaga | Perkongsian Ilmu Sesam, please read the originial post: here

Share the post

Bersyukurlah dengan pemberian Tuhan

×

Subscribe to Tip Motivasi & Info Niaga | Perkongsian Ilmu Sesam

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×