Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tanda Anak Korang Dah Besar

Kali ini aku nak post pasal tanda-tanda Anak Korang Dah besar panjang (Bagi yang ada anak besar la). Mau tidak..pejam celik..pejam celik kita dapat rasakan begitu cepat anak kita membesar. Anak yang masa kecik-kecik dulu kita timang-timang dan manja-manjakan tetapi kini sudah boleh bakal menjadi bapak atau emak budak pulak. Kadang-kadang tu ada emak dan bapak yang susah nak terima kenyataan yang anaknya dah besar panjang. Jadi..Tanda-tanda anak korang dah mula besar panjang apabila :

Korang akan merasa macam nak patah pinggang semasa cuba untuk mendokong dan menimangnya.

Korang tidak perlu lagi pimpin tangannya masa hendak melintas jalan atau berada di pusat membeli belah.

Korang tak perlu suapkan makanan atau minuman kepadanya atau memaksa dia untuk habiskan makanan dan minuman tu.

Anak korang akan selalu mengelak jika diajak pergi majlis atau ke majlis kenduri rumah kahwin.

Korang tak payah kejutkan anak korang tengah malam suruh bangun kencing atau buang air besar.

Anak korang langsung tak akan ketawa kalau korang cuba mengacahnya atau main cak-cak tangan.

Gimik dan segala cerita korang untuk menakutkannya seperti cerita hantu langsung tidak memberi kesan atau bekas malah menghairankannya lagi.

Langsung tak jalan kalau korang pujuk anak korang yang nak beli motorsikal atau kereta dengan ais krim atau lain-lain jajan.

Hehe..sekadar untuk humor. Nak tau lak apa komen korang


This post first appeared on My Free Online Business - Bisnes Percuma Cara Aku, please read the originial post: here

Share the post

Tanda Anak Korang Dah Besar

×

Subscribe to My Free Online Business - Bisnes Percuma Cara Aku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×