Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kesilapan Kritikal Semasa Membina List

Dalam usaha kita menjana pendapatan online, ramai yang terlupa atau terlepas pandang satu perkara penting iaitu membina atau mengumpul database pelanggan (senarai emel) yang aktif dan juga pembeli yang berulang. Senarai emel ini adalah faktor kejayaan seseorang usahawan internet.

Mengapa perlu database atau list pelanggan?

Memiliki list atau senarai emel sendiri adalah rahsia kejayaan ramai usahawan internet ternama. Ini kerana, dengan adanya senarai emel ini memudahkan usaha promosi pemasaran online mereka.

Bayangkan dengan adanya senarai emel sendiri, kita dengan mudah boleh menghantar makluman atau broadcast kepada list pengikut kita mengenai maklumat-maklumat terkini atau promosi-promosi berkaitan dengan pasaran pilihan kita.

Kita juga boleh menghantar promosi-promosi affiliate untuk produk atau servis yang boleh memberi faedah kepada list kita, sekaligus kita akan mendapat maklum balas apa yang menarik minat ahli-ahli di dalam list kita.

Maklumat ini secara tak langsung membantu kita dalam usaha menghasilkan atau memberikan produk-produk yang lebih berkualiti yang sentiasa mendapat permintaan dari list kita.

Terdapat banyak cara untuk mengumpul list atau senarai emel ini, tetapi terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh ramai usahawan internet:

1) Tidak menggunakan autoresponder professional
2) Pengunaan squeeze page yang tidak sesuai
3) Tidak melakukan split testing
4) Mempromosikan produk yang tak releven dalam mengumpul senarai emel
5) Gagal menyediakan isi kandungan yang bermutu dan banyak lagi...

Ini sebenarnya berlaku kerana mereka tidak menggunakan strategi yang tepat dan mereka berterusan melakukan kesilapan yang sama semasa membina senarai email.

Anda boleh menggelakkan kesilapan yang sama dan bagaimana anda boleh elakkan 9 kesilapan kritikal yang selalu dilakukan oleh ramai Usahawan Internet dengan mendapatkan panduan percuma, Strategi Tepat Membina List.




This post first appeared on AFFILIATE BUAT DUIT | JANA PENDAPATAN, please read the originial post: here

Share the post

Kesilapan Kritikal Semasa Membina List

×

Subscribe to Affiliate Buat Duit | Jana Pendapatan

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×