Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Teknik dan Strategi Perniagaan Melayu

Peniaga melayu kita memang sangat pandai berniagakan? Pandai mencari untung lebih dan mahir menggunakan teknik perniagaan yang berkesan untuk memaksimumkan keuntungan. Oh minta maaf, jangan kutuk saya dulu tau, tunggu sehingga ke titisan dakwat yang terakhir. Lepas itu kalau kalian nak kutuk saya pun, kutuklah. Saya tidak kisah, sebab budaya kita sememangnya tidak boleh lari daripada aktiviti kutuk-mengutuk. Bukan begitu?

komputer riba

Berita mula di sini

Begini, beberapa hari yang lepas saya telah menghantar komputer riba saya yang mengalami kerosakan ke kedai membaiki komputer milik seorang peniaga melayu. Saya ulangi, seorang peniaga melayu. Ikutkan memang kerosakan komputer riba saya itu memang agak ‘parah’ kerana melibatkan komponen dalaman dan papan kekunci.

Tapi saya memang yakin bahawa bajetnya pasti tidak akan melebihi RM600. Mungkin paling busuk pun mencecah RM500 dan keatas.

Dipendekkan cerita, akhirnya komputer riba itu siap dibaiki. Nak tahu berapa yang saya kena bayar? RM250 untuk pemasangan dan penukaran papan kekunci yang baru, serta RM430 untuk komponen dalaman yang rosak tapi sehingga kini tidak saya ketahui chip komputer di bahagian yang mana kerana tidak ditunjukkan oleh peniaga terbabit (lagi hampeh, bila sebelum itu bos dia siap cakap dengan saya kos menukar chip computer hanya RM400!! Sekali dalam bil dia boleh letak RM430? Mendidih beb…).

Bayangkanlah itu harga untuk penukaran chip komputer, kalau hendak menukar motherboard lagilah dahsyat, bos melayu itu kata RM700 untuk seunit!

Amboi… sikit punya untung bukan.

Tidak puas hati punya pasal, maka saya ringan-ringankan tulang empat kerat saya yang malas ini untuk meninjau harga baikpulih bagi barang yang sama di kedai terpilih. Sasarannya, tauke cina kaya-raya. Nah… ini bukan cerita racist okey, ini namanya perbandingan.

Jadi, saya tanya apek muda yang ada di kedai itu, berapa harga baikpulih untuk kesemua kerosakan yang telah saya sebut kat atas. Nak tahu apa jawapan daripada apek muda?

RM180 untuk papan kekunci Berserta Upah Pemasangan (menurutnya harga papan kekunci cuma RM70) serta RM450 untuk seunit motherboard yang baru berserta upah pemasangan!!! Mak aih… biar betul, kalian lihatlah sendiri betapa jauhnya pemanggang dari api.

Tambah ‘menyeronokkan’ bila kedai cina kedua yang saya tanya juga menawarkan harga yang hampir sama dengan kedai cina yang pertama tadi. Diulangi sekali lagi, hampir sama.

Maaf untuk dikatalah ye, selepas ini jangan pula kalian melabelkan saya sebagai anti kepada slogan “Melayu Kena Tolong Melayu”. Rasanya tidak salah membantu bangsa sendiri kalau hasil yang kita dapat nanti tidak membebankan bahu. Tapi yang ini… memang jelas terasa hampehnya!! Sendiri mahu ingat okey… kalau asyik fikir periuk nasi sendiri sahaja kena jaga, siapa pula yang nak jaga periuk belanga orang lain? Kau nak campak ke tepi ke?

Bukan nasihat tapi cuma hendak kalian ambil iktibar daripadanya.

Lepas tu saya ada berbincang dengan rakan-rakan yang lain mengenai hal ini, dan kebanyakannya bersetuju punca peniaga melayu buat camnie sebab terlalu banyak ‘alibaba’kan perniagaan. Contohnya dalam kes saya ini, mereka mengupah juruteknik luar untuk membaiki.

Satu lagi, peniaga melayu susah nak tolak wang. Maksud saya peniaga akan tetap mengambli tender walaupun tidak mempunyai kemahiran dalam bidang yang pelanggan kehendaki. Mark up punya mark up, harga pun jadi semakin mahallah. Motifnya tetap satu, ingatkan keuntungan segera!!

The post Teknik Dan Strategi Perniagaan Melayu appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Teknik dan Strategi Perniagaan Melayu

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×