Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Budaya Plagiarism

Ini bukannya artikel budaya plagiarism di kalangan penulis blog, bab itu saya buang jauh-jauh kat tepi. Serius saya sendiri sudah lali membaca isu murahan di dalam blog mengenai si Polan atau Mak Jah yang mengambil artikel Orang lain sebagai milik peribadi dan selepas itu dikutuk secukup rasa oleh penulis blog yang merasakan dirinya jaguhan kampung. Tak habis-habis.

plagiarism

Pada saya isu siapa tiru siapa bukanlah masalah utama yang perlu digembar-gemburkan apa lagi bila ianya belum pernah diterbit dan dilesenkan. Beginilah.. kalau dah kemaruk sangat merasakan diri seorang penulis yang hebat, buat buku. Lepas itu patenkan satu persatu ayat-ayat di dalam buku, dan tampal kat dahi amaran keras daripada peguam anda atau Karpal Singh yang penulis lain boleh disaman sekiranya harta intelek terbaik itu diambil. Iyelah tue… Jangan-jangan benda yang Korang claimkan sebagai artikel asli milik korang itu pun sebenarnya hasil cetak rompak gubahan kreatif tangan korang! Siapa tahu? Tepuk dada tanya selera.

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Jangan pedulikan kata-kata orang, itu pesan dari saya. Kalau rasa artikel itu sangat menarik, ringan-ringankanlah tangan dengan meng’copy’nya dan kongsi bersama rakan-rakan lain. Ilmu itu sebenarnya untuk perkongsian. Tak gitu? Lagi pun apalah sangat dengan kredit? Saya tak kisah pun….. Yang penting korang tak mengaku idea itu pribumi asal kepala korang atau diterbitkan semula dengan niat mengaut untung daripadanya. Bab tu, memang tak dapat nak tolong, sudah terang lagi bersuluh implikasinya haram. Itu kata ustaz, bukan saya!

Berbalik kepada budaya plagiarism itu tadi, golongan yang ingin saya perbincangkan di sini ialah khusus buat mereka yang bergelar siswa/siswi. Nama cukup gah, orang kampung cakap “golongan bijak pandai dan anak bertuah”. Okey bertuah punya pasal maka golongan ini pun saling berkongsi tuah sesama sendiri. Bukan saja-saja tau, tapi sebagai menyahut seruan kerajaan bersempena kempen budi bahasa budaya kita. Orang memberi kita merasa dan bagai aur dengan tebing. Tudia memang berbudaya encik-encik dan cik-cik siswa-siswi kita nie kan? Tapi dik tahukah anda semua bahawa plagiat hukumnya haram di sisi agama? Tak tahu? Takpe saya memang berbaik hati untuk menolong korang mengupasnya hari ini secara percuma dengan menggunakan slanga saya!

Plagiat sebenarnya adalah satu penipuan, dengan meniru hasil tangan orang lain, korang telah menipu pensyarah dengan hasil kerja yang sepatutnya tidak layak untuk diberi markah. Mungkin itu salah satu cara untuk menyelesaikan tugasan yang diberi, tapi yang menjadi masalahnya markah itu akan dibawa untuk penilaian secara kolektif. Sekiranya korang berjaya mendapatkan kerja dengan markah yang korang perolehi melalui hasil curi suatu hari kelak, hasilnya akan turut menjadi haram.

Perbuatan plagiat juga boleh diumpamakan seperti satu perbuatan khianat. Anda telah mengkhianati kepercayaan pensyarah kepada anda. Sedangkan perbuatan khianat itu merupakan salah satu daripada 3 tanda-tanda orang munafik!

Selain itu anda hanya akan memperbodohkan diri sendiri sekiranya terus hidup dengan meniru hasil kerja orang lain. Anda gagal untuk hidup berdikari dan yang paling penting gagal melahirkan buah fikiran sendiri untuk dinilai oleh orang lain. Maka tidak hairanlah prinsip ‘yes sir’ dan Pak Turut membelenggu hidup anda suatu hari kelak.

Paling penting perbuatan plagiat juga akan membentuk tabiat buruk seperti mencuri sekiranya selalu diamalkan. Oh minta maaf, mungkin perkataan mencuri agak ganas dan tak sesuai digunakan untuk budak-budak U! Jadi lebih baik saya katakan meminjam hak orang tanpa kebenaran. Hari ini dia pinjam tesis untuk ditiru, esok pinjam sabun tanpa kebenaran, lusa pinjam baju, tulat pinjam harta persendirian dan akan datang pula pinjam duit. Pendek kata semuanya pinjam tanpa kebenaran. Salah siapa? Jangan cakap mak mengandung sudah, tak pasal-pasal perkataan anak derhaka menepek kat atas dahi korang tue.

Oleh itu walau apa pun alasan atau kekangan yang berlaku dalam menyelesaikan sesuatu tugasan diberi, buatlah dengan sejujur dan seikhlas hati. Jangan sampai kudis menjadi tokak dan luka sampai menjadi barah baru korang tersedar dari lamunan dan terhegeh-hegeh mencari jalan pulang. Percayalah kepuasan dan berkat yang diperolehi dengan titik peluh sendiri jauh lebih baik daripada mengambil hasil curi. Walau dengan hanya 1 markah!

The post Budaya Plagiarism appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Budaya Plagiarism

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×