Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mengenai Pinjaman Koperasi

Pinjaman Koperasi ialah kemudahan kredit atau pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh koperasi yang mempunyai lesen dan didaftar bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Pinjaman jenis ini cuma ditawarkan kepada kakitangan koperasi yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan, badan berkanun, syarikat-syarikat swasta yang mempunyai potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Operasi serta pentadbiran pinjaman ini adalah tertakluk di bawah Akta Koperasi 1993.

pinjaman koperasi

Pinjaman ini ditawarkan oleh pihak koperasi seperti Kowamas, Ukhwah, Kosimpanan, Kobeta atau yayasan seperti Yayasan RCE, Yayasan Perkasa, Yayasan Ihsan Rakyat dan banyak lagi. Koperasi yang menyediakan kemudahan kredit ini menggunakan dana koperasi mereka atau dana yang dipinjam. Disebabkan dana sendiri adalah terhad, pembiayaan yang konsisten dan berterusan daripada institusi kewangan adalah diperlukan.

Bank-bank Yang Menawarkan Pinjaman Koperasi

Beberapa bank komersial seperti Public Bank, RHB Bank dan Bank Rakyat bekerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan dengan membolehkan mereka menawarkan pinjaman koperasi ini. Institusi dan bank-bank lain yang juga mempunyai pinjaman koperasi untuk dimohon adalah termasuk AEON Credit Service dan Malaysian Building Society Berhad (MBSB). Institusi-institusi ini menawarkan kemudahan kredit bukan sahaja kepada kakitangan awam, malah terbuka kepada pekerja swasta.

Pinjaman koperasi mempunyai banyak persamaan seperti pinjaman bank, namun begitu terdapat perbezaan yang signifikan dari beberapa aspek. Dari segi bayaran balik, pinjaman koperasi memotong secara automatik daripada gaji peminjam. Pemotongan gaji untuk bayar balik pembiayaan ini akan diuruskan oleh Jabatan Akauntan Negara atau Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Biro ANGKASA). Tempoh pinjaman juga amat panjang iaitu sehingga 10 tahun, di mana ia merupakan tempoh maksimum yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia. Had maksimum pembiayaan pula adalah tinggi iaitu antara RM200,000 hingga RM250,000.

Oleh kerana pembayaran balik pinjaman ini adalah dibuat dengan melalui potongan gaji, maka risiko bagi institusi dalam gagal untuk mengutip balik dana pinjaman mereka adalah sangat rendah. Hal ini menjadikan kriteria kelulusan bagi pinjaman ini adalah lebih mudah. Pemohon yang disenarai-hitam(blacklisted) oleh bank kerana rekod Sistem Kredit Tip-Off (CTOS) atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) yang tidak memuaskan masih layak memohon pinjaman koperasi dan mendapat kelulusan. Sesetengah koperasi juga tidak mementingkan komitmen luar peminjam seperti hutang kad kredit, pinjaman kereta atau pinjaman peribadi yang lain.

Syarat Kelayakan

Antara syarat kelayakan permohonan ialah pemohon perlu menjadi anggota kepada koperasi terlibat sekurang-kurangnya selama enam bulan dan telah menyempurnakan bayaran yuran bulanan untuk tempoh tersebut. Jika seseorang itu cuma kerja kurang daripada 6 bulan dan ingin memohon pinjaman koperasi, beliau diminta perlu memiliki modal yuran minimum iaitu RM180.00 (RM30.00 x 6 bulan). Selain itu, kelayakan maksimum peminjam tertakluk kepada amaun ansuran bulanan yang tidak melebihi enam puluh peratus (60%) daripada gaji hakiki bulanan peminjam.

Kadar faedah yang biasanya lebih rendah dari bank komersial juga menjadi aspek penting yang menarik minat peminjam. Jumlah bayaran keluar (payout) pula ialah antara 70% hingga 98% bergantung kepada pihak koperasi. Hal ini meningkatkan peratusan bayaran tunai bersih yang diterima. Kadar faedah yang rendah ini juga menjadikan pinjaman koperasi sebagai satu alternatif yang baik berbanding pinjaman bank yang mengenakan kadar faedah lebih tinggi serta payout yang rendah.

Dengan peningkatan bilangan koperasi yang menawarkan kemudahan kredit seperti ini, para peminjam mempunyai banyak pilihan yang baik. Pemberian kemudahan kredit dapat meningkatkan taraf kewangan bukan sahaja koperasi, malah anggota atau pelanggannya yang juga pemilik koperasi itu sendiri. Perkhidmatan pinjaman yang dijalankan menjanjikan pulangan yang menguntungkan kedua-dua pihak.

The post Mengenai Pinjaman Koperasi appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Mengenai Pinjaman Koperasi

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×