Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cara Memilih Bra Yang Betul

Salam sejahtera semua, minta maaf kalau ada yang terasa dengan tajuk entri buat kali ini. Sebenarnya entri ini tidak berniat dengan apa-apa, tapi dibuat untuk menjawab pertanyaan daripada adik saya yang baru memasuki alam remaja dan mungkin juga jawapan kepada mereka yang tersalah masuk ke dalam blog ini akibat mencari kata kunci Cara Memilih Bra yang betul. Kira 2 dalam 1 lah ni.

bra wanita

Jadi, macam mana pun, sebagai seorang kakak yang sayang kepada adik, perlulah saya ajar dia bab-bab begini, betul tak anda semua setuju?

Saya amat risau juga kalau dia main beli saja nanti, lepas tu bila dah sampai rumah dan cuba sekali lagi, tengok-tengok tersalah size atau cup tidak sesuai dan tak berapa nak muat. Lepas tu tidak mahu pakai dan buang saja. Takkan nak membazir namanya tu.

Okey, sampai sini tamat mukadimah tak seberapa ini. Apa kata kita mulakan tutorial memilih bra kita. Tedia… ayat tak boleh blah.

Sebenarnya untuk pengetahuan adik-adik semua, terdapat 2 cara memilih bra yang betul iaitu:

1. Cuba sebelum beli

Cara memilih bra yang betul-betul paling mudah. Anda tidak perlu bersusah-payah ukur berapa besar lilitan band dan size cup badan anda. Apa yang anda perlu buat hanya cuba bra yang anda nak di dalam Fitting Room. Lepas cuba dan sesuai, ambil dan bayar di kaunter. Habis cerita dan selesai masalah.

2. Sebelum pergi shopping bra, pastikan anda mengambil ukuran

i. Ukur Lilit bahagian atas payu dara (tambah 1 sekiranya hasil ukur lilit bahagian atas payudara anda bernombor ganjil) dan ukur lilit payudara (pastikan selari dengan puting).

Contoh: jika lilitan atas payudara anda adalah 32, maka bra tu haruslah bersaiz 33 (32 + 1 = 33).

atau

ii. Ukur lilit di bahagian bawah dada anda. Jika ukurannya bernombor genap, tambahkan 4 inci pada ukuran tersebut atau 5 inci sekiranya ia adalah nombor ganjil. Jangan lupa ukur lilit payudara (pastikan selari dengan puting) sekali tau!

Contoh: jika lilitan bawah dada anda 32, bra tersebut haruslah bersaiz 36 (32 + 4 = 36).

Seterusnya Cara Memilih Size Cup Bra

Tolak ukur lilit payudara dengan ukur lilit bahagian atas@ukur lilit bawah payudara anda untuk mendapatkan Size Cup yang sesuai.

Contoh: katakan ukur lilit payudara anda adalah 36cm dan ukur lilit bahagian atas payudara@ukur lilit bawah dada 34cm

Maka

36 – 34 = 2 (rujuk carta di bawah untuk saiz cup) = B

Size bra yang sesuai dengan badan anda adalah 36B.

SIZE CUP

size bra yang sesuai

*Pengiraan bra tidak semestinya tepat untuk sizes 38D ke atas. Perlu diketahui bahawa terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi hasil pengiraan saiz Cup setiap pengilang.

Mudah bukan? Lepas ini anda semua bolehlah memborong bra tanpa perlu membuang masa mencubanya di dalam Fitting Room.

The post Cara Memilih Bra Yang Betul appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Cara Memilih Bra Yang Betul

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×